Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Sunday, 21 May 2017

Terima Kasih Along

 بسم الله الرحمن الرحيم 
 اللهم صلى وسلم على محمد

Terima kasih sudah mengajakku melakukan perjalanan. 

Meski kamu tahu
denganku langkahmu akan lebih lambat 
dan kamu tidak lagi bebas ke mana-mana sesuka hatimu.

Sebab kamu entah mengapa 
selalu berusaha menyerasikan langkah, melindungi, dan menjaga 
padahal aku tidak pernah memintanya.

(Lubnan, 2017)




#PinjamQuoteMasGun

Jawapan Atas Perjalanan

 بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صلى وسلم على محمد

Dan akhirnya pada hari ni 
aku menemukan jawapan atas semua yang terjadi.

Seandainya aku tahu di penghujungnya begini
pasti aku akan menongkah arus hidup ini dengan penuh bahagia.

Meskipun langkahku sering dibelok-belokkan
dan harapanku dipatah-patahkan.

Kerana di penghujung perjalanan itu
rupa-rupanya aku bertemu dengan kamu.

Dan mungkin barangkali,
jika ada satu harapanku dahulu dimakbulkan Tuhan.
Pasti aku tidak akan bertemu dengan kamu.

Terima Kasih Tuhan.


(Random Quote)

-Along dan Kak Ikah-
Misi Kemanusiaan 2017
Beirut, Lubnan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...