Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Saturday, 27 August 2011

Cita-citaku mahu jadi doktor :)


::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..


Copy, terima kasih kepada yang melukis :)

    'Mid-sem' sudah berlalu.Peperiksaan yang menyesakkan jiwa sudah berakhir.Aku pulang ke kampung pada hari Khamis malam. Syukur di hati kelas pada hari Jumaat sudah diganti.  Ingin cepat pulang ke kampung meleraikan rindu di qalbu di samping mengubat resah yang sudah lama bertandang di hati.


   "Assalamualaikum.Akak sihat?Akak kat mana sekarang?",sapa adik usrahku. Mesra. Walaupun kami duduk satu taman, tapi ''probability" untuk berjumpa tersangatlah sedikit.Pertemuan tak diduga di masjid sedikit sebanyak mengubat keresahan di jiwa.

  "Akak tak jadi fly.", balasku perlahan. 

    
       Menanti reaksi dari seraut wajah si solehah. Adikku itu terdiam. 'Tak pe kak, akakkan nak jadi doktor! Nanti akak fly lah.', balasnya memberi semangat pada diri yang kebuntuan.

   Setiap hari dalam doaku tidak putus-putus aku minta agar dikurniakan yang terbaik. Walaupun sudah 2 bulan berlalu, masih terngiang-ngiang lagi kata-kata sahabatku di awal perkenalan kami. 'Afiqah, rugi awak tolak tawaran tu. Awak bukan je tak de hutang malah awak boleh bagi mak ayah awak duit..Awak balik nanti bukan jadi cikgu, tapi jadi pensyarah..'.

    Subhanallah.Tidak pernah terlintas di hatiku untuk menyambung pelajaran ke  negara barat. Tidak ramai pelajar muslimat di sekolahku yang ditawarkan ke luar negara, apatah lagi ke New Zealand@Australia. Hanya 6 orang! tiga orang ke Timur Tengah, seorang ke USA dan seorang ke Beijing.

   Teringat perbualan aku dengan Abah ketika aku baru sahaja tamat menghadiri temuduga ke luar negara. Aku pulang dengan wajah kegembiraan. Hatiku tak pernah rasa segembira ini ketika menghadiri temuduga, Inilah kali pertama dalam hidupku (mungkin~). Abah mengemukakan soalan pertama. CepuCemas! "Kalau Ikah dapat IPG nak pergi?'.. Dengan 'slumber'nya aku menjawab: "tak nak!"..Ok, Abah boleh terima~ Soalan kedua: 'Kalau Ikah dapat tawaran luar negara?'. Jawapanku: "erm..tak nak", sambil tersenyum. "Kalau macam tu Ikah kena bayar balik semua perbelanjaan Abah hantar pergi temuduga",balas Abah dengan nada bergurau.
   
     Tak terlintas pun di hati untuk mengisi borang ke luar negara. Atas saranan seorang Abah yang sangat prihatin terhadap masa hadapan anak perempuannya, aku isi dengan tidak menyimpan harapan untuk dipanggil ke temuduga. Tapi entah kenapa, naluri hati kuat mengatakan aku akan dapat tawaran tersebut dan akhirnya..tidak ada ungkapan teragung melainkan mengucap syukur kepada Ar-Rahman yang telah memberi khabar gembira kepada seorang Abah dan Umi. Alhamdulillah~

     Kalau dilihat kembali pada 'plan' perancangan hidupku yang telah aku bina setahun lalu, tidak tercatat satu pun cita-cita ingin ke negara barat. Dari plan A sampai ke plan C, null. Doktor Perubatan,Timur Tengah-->Pensyarah,New Zealand@Australia. Bidang dan dunia yang sangat berbeza. Subhanallah.Sangat hebat aturan Allah. Allah kurniakan apa yang tak pernah terlintas di hati.

    Sebulan sebelum pendaftaran ke program luar negara, aku dan keluarga menjadi tetamu Allah. Kami berangkat ke Saudi Arabia. Peluang yang ada digunakan sebaiknya. Kata Umi:' Umi doakan ikah dapat jadi doktor'. Umi insan yang sangat memahami. Umi tahu impian aku. Sayang Umi. Sayang Abah. Terima kasih bawa Ikah jadi 'tetamu' Allah.

     Setalah pulang ke Malaysia dan setelah ditolak darab bahagi dan di'tambah dengan kata-kata Along:  aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke IPTA walaupun sudah lewat dua minggu. Along kata,  'kalau Ikah belajar kat Malaysia, Along boleh jaga Ikah. "Terima kasih Along, Along memang abang yang soleh!" Tapi, suatu hari abah mendugaku dengan satu soalan, "Ikah tak nak pergi ke luar negara macam _ _ _ ke?" Terdiam. "Tapi kalau Ikah nak jadi doktor pun Abah suka juga" sambung Abah menyedapkan hatiku.

     Aku tahu ada tersimpan hasrat di hati Abah ingin melihat anaknya ke luar negara. Insya Allah aku akan pergi, tapi bukan untuk bidang itu. Terima kasih Abah kerana memahami. Terima kasih sebab tak 'claim' duit minyak hantar Ikah pergi temuduga. Sayang Abah.

Tuliskan rancanganmu dengan pensel kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah SWT. Biarkan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik kerana Allah Maha Mengetahui apa yang baik untuk makhluknya. Apa yang baik untuk kita mungkin bukan seperti insan lain sangka. Pasti ada hikmah di sebalik rancangan yang ALLAH siapkan khas untuk kita, hambanya yang beriman. Allahuakbar!

Duhai Hati,
Berjanjilah kamu akan belajar bersungguh-sungguh,
Bukan kerana manusia.
Tapi kerana Allah.

-Memburu Mardhotillah-

0 coretan:

Post a Comment

Digalakkan supaya anda meletakkan 'nickname' semasa anda menghantar cadangan @ nasihat membina kepada saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...