Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Friday, 1 June 2012

Jom Teka Lagu


::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..


“China boom.. China boom.. China boom to Japan boom.. “

     Dari kejauhan terdengar sayup-sayup gelak tawa senda gurau sekumpulan pelajar ipta. Meriah. Cuti hujung minggu mereka kali ini lain daripada yang lain. Kalau sebelum ini setiap kali malam Sabtu sibuk menghadap movie Korea, paling tidak pun melayan novel JemariSeni tapi kali ini malam Sabtu mereka terisi di persisiran Pantai Tanjung Bidara. Tergambar keceriaan di wajah mereka. Hilang seketika masalah bagaikan semuanya telah ditinggalkan di Kolej Kediaman.

   Puas ‘mengeboom’ negara orang, mereka bermain JOM TEKA LAGU. Dari lagu English, Korea, Rock Kapak sampailah ke Nasyid semuanya dapat diteka dengan tepat. Kadang-kadang tu belum sempat keluar suara, baru intro ada sahaja yang dapat menekanya.

     Tiba-tiba bangkit seorang dari kalangan pelajar-pelajar jurusan pergigian tersebut memberi cadangan. Cadangan yang cukup bernas. Hebat.

“Apa kata kita main JOM TEKA SURAH”.

     Surah-surah yang biasa dihafaz seperti As-Sajadah menjadi pilihan. Dalam kalangan mereka ada sahaja yang hafaz Al-Quran tapi bilangan ‘JilulQuran’ itu tidak sampai satu per empat.

     Sepotong ayat Quran dimainkan. Tiada respons. Senyap. Puas menjelajah hati mengingat kembali ayat yang dimainkan. Itupun kalau pernah menghafaznya. Ada yang cuba meneka. Tapi tembakan tersasar. JOM TEKA SURAH tidak semeriah JOM TEKA LAGU. Permainan yang “sama tapi berbeza”.




AYAT-AYAT CINTA

     “Kenapa kalau kita tengok bangunan hati kita belum tentu tenang, tapi kalau tengok langit, tumbuhan dan lautan hati kita insyaAllah tenang.Nak tahu kenapa? Sebab bangunan itu Allah cipta dengan perantaraan manusia sedangkan langit, pokok dan lautan Allah yang cipta tanpa perlu perantaraan makhluknya. Jadi lebih dekat dengan Allah. Hebatkan ciptaan Allah. Subhanallah.”

     Damainya hati melihat kebesaran Allah. Seandainya tsunami melanda. InsyaAllah habis satu kawasan. Mungkin ada yang kata. “Isy, tak jaga mulut.” Tapi itulah hakikat. Ajal maut di tangan Allah. Perlu sentiasa diingatkan.

     Duduk menghadap laut ditemani bunyi ombak membawa fikiran jauh mengembara. Permainan JOM TEKA SURAH terkesan di hati. Kenapa tidak segah JOM TEKA LIRIK? 

“Hadirnya tanpa ku sedari. Menggamit kasih cinta bersemi…”,

“Oh tuhan, seandainya telah kau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku. Satukanlah hatinya dengan hatiku…”

“Adakah mungkin kau ku miliki untuk aku jadikan insan bernama kekasih..”

     Rata-rata peminat nasyid tahu dan kenal dengan lirik-lirik ini. Lagu Cinta. Saya tidak katakan lagu ini HARAM untuk didengar. Cuma terfikir, dalam kehidupan sehari-harian kita berapa kali sahaja bibir kita lancar menuturkan ayat-ayat Quran berbanding lirik-lirik lagu? Berapa kali sahaja ayat Al-Quran dimainkan di mp3 berbanding lagu-lagu yang memuja cinta manusia? Sedangkan inilah AYAT-AYAT CINTA sebenar dari Allah.

     Kenapa perlu hafaz Quran? Ada yang kata, ‘Hati kami tidaklah sebersih hati para alim ulama’ .Kami banyak buat maksiat.Lagho.Jadi susah nak hafaz’. Hakikatnya disebabkan hati kotorlah kita kena banyak baca Quran, banyakkan bertadabbur dengan ayat-ayat Quran dan hafaz Quran supaya kita LEBIH menjaga hati kita. Supaya hati kita bersih. Look! Positive Feedback~

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran. Masukkan kami ke dalam syurgamu dengan syafaat Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami, keluarga serta zuriat keturunan kami untuk menghafaz Al-Quran. 
Allahumma Ameeen.



Saya mencatat supaya saya ingat,
Saya menulis supaya saya buat,
Saya mencoret supaya saya dapat berkongsi.
Inilah coretan saya.
Wallahua’lam


Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya 
Jom Jadi Baik! :)

1 comment:

  1. lama tak update.
    sekali update.. mantop~!
    Subhanallah. :)

    ReplyDelete

Digalakkan supaya anda meletakkan 'nickname' semasa anda menghantar cadangan @ nasihat membina kepada saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...