Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Sunday, 13 May 2012

Halaqah

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

Apakah sumbangan kita pada agama yang suci ini?


Di saat lidah kami laju menuturkan perkara sia-sia
Mereka berkumpul membincangkan masalah ummah
Di saat kami sibuk dengan hal duniawi
Mereka sibuk mencari solusi buat ummah

Apabila berkesempatan, saya suka mencari peluang mengikuti program ilmiah bersama sahabat.  Duduk bersama berkumpul berkongsi ilmu. Walaupun ada yang kata RUGI+ 'buang masa', saya rasa saya akan TERSANGAT rugi seandainya melepaskan peluang ini sebab tidak semua Ilmu kita boleh dapat dalam dewan kuliyyah. Dahaga Ilmu.

Duduk bersama mereka, terasa jahilnya diri ini. Malu terlalu ayik 'membelai' diri. Selama ini tak pernah kisah masalah yang melanda ummah. Terlalu asyik hidup bersama 3K. Kuliyyah.Kafe.Katil. Apa bezanya dengan non-muslim?

Kita hanya hamba di muka bumi ini. Bila-bila masa kita boleh kembali kepada Si Pencipta. Kekayaan, kecantikan, pangkat dan darjat semuanya pinjaman dari Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik semua nikmat yang Allah beri.

Rajin-rajinlah tanya pada diri, sepanjang diri mampu bernafas, apakah sumbangan kita pada agama yang suci ini?

Saya rindu saat-saat bersama mereka. Terasa indah ukhuwah di jalan Allah. Terima kasih Ya Allah mempertemukan kami. Sesungguhnya kami hanya menumpang barakah di jalan dakwah Mu. 

Ya Allah kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan
Jika engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu
Ameen..
~CAKNA UMMAH~

HujungPena: Dahulu apabila ditanya suapan pertama untuk siapa? Dengan pantas menjawab untuk 'Tekak' Saya! Sekarang. Bila FIKIRAN dah 'membesar', lebih matang. Diajukan soalan yang sama. Pastinya untuk Ummi, Abah, Saudara dan Sahabat. Belajar peduli orang lain.Wallahua'lam.

Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Jom Jadi Baik! :)

0 coretan:

Post a Comment

Digalakkan supaya anda meletakkan 'nickname' semasa anda menghantar cadangan @ nasihat membina kepada saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...