Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Tuesday, 10 July 2012

[Cerita Abah] - Tell the truth

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

     Semenjak masuk Semester 2, saya jarang-jarang balik ke 'kampung'. Ada lah juga, tapi tak sekerap ketika di Semester 1. Petang itu Abah bercerita, 

Abah : Hari tu ada orang telefon Abah.

Admin : Sape Abah?

Abah : Dia kata dia orang bank.

Admin : Dia nak apa?

Abah : Dia tanya, Abah kerja ke tak.

Admin : Abah cakap apa?

Abah : Abah cakaplah Abah tak kerja. Dia terus letak telefon.

Saya  tersengih. Faham mesej yang ingin disampaikan

Admin : Lah.. Kenapa Abah cakap Abah tak kerja? (buat-buat tanya)


Abah : Masa dia telefon tu hari Ahad. Hari Ahadkan cuti
           Abah cakaplah Abah tak kerja. Terus dia letak telefon!

Admin : Pandai Abah pusing ayat! *Gelak guling-guling*

'Kesian' kat orang tu terkena dengan Abah. Orang tu yang kononnya mengaku Pegawai Bank faham maksud tak kerja --> menganggur (jobless) dan Abah faham maksud tak kerja --> cuti! Hakikatnya, saya tahu Abah faham maksud 'pegawai bank' tersebut dan Abah memang suka + sengaja buat-buat tak faham. Abah oh Abah :D

     Sejak dua menjak ni timbul kembali kes penipuan yang dilakukan sekumpulan makhluk yang mengaku pegawai bank. Hati-hati ya :) Allah Maha Mengetahui


Saya bawakan satu cerita

     Pada suatu hari, ada seorang anak muda ingin ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Disebabkan rumahnya agak jauh dari Baghdad, ibunya telah memberinya 40 dinar sebagai bekalan pergi dan balik. Sebelum bertolak ke Baghdad ibunya berpesan agar sentiasa cakap benar dan jujur dalam semua perkara.

     Dalam perjalanan ke Baghdad anak muda tersebut menumpang segerombolan kafilah kerana perkara itu biasa bagi orang yang ingin berjalan jauh, patah lagi umurnya yang masih muda. Telah ditakdirkan Allah, keitka dalam perjalanan ke Baghdad mereka diserang sekumpulan perompak. Anak muda tersebut ditangkap dan dijadikan orang tawanan.

     Semasa dibawa pergi seorang perompak bertanya, "apakah yang engkau bawa wahai budak?". Dengan tegas anak muda itu menjawab, "Saya cuma ada 40 Dinar, Tuan". Mendengar kata-kata anak muda itu, pereompak tersebut pergi meninggalkannya kerana sangka dirinya dipermain-mainkan. Kemudian datang lagi seorang perompak bertanya hal yang sama. Anak muda itu memberi jawapan sama seperti jawapan yang diberikannya kepada kawan si perompak itu tadi.

     Sebaik sahaja mendengar jawapan anak muda itgu, perompak itu membawanya berjumpa Si Ketua Perompak. Si Ketua pun bertanya soalan persis soalan yang diajukan oleh pengikut-pengikutnya dan anak muda itu sekali lagi menjawab dengan tegas tanpa sedikit pun mengubah jawapannya.

     Si Ketua Perompak yang dihujani ribuan tanda soal soal bertanya, " Hai budak, kenapa engkau berani sekali berkata benar sedangkan engkau membawa wang."

     Anak muda itu menjawab,

"Tuan, sejak kecil ibu saya ajar saya supaya selalu cakap benar. Hingga sebelum berangkat ke Baghdad ibu saya berpesan supaya jangan berbohong. Saya tidak sampai hati hendak mengkhianati nasihat dan pesanannya. Apalah sangat nilai 40 Dinar ini tuan, bagi seorang yang mahu menuntut ilmu kerana Allah"

     Mendengar jawapan itu, Si Ketua Perompak lantas menangis seraya berkata,

"Alangkah mulianya budi pekertimu wahai budak dan alangkah beruntungnya ibu yang melahirkanmu. Masih keci begini sudah takut berbuat dosa sedangkan aku pula tanpa segan silu berbuat jahat dan mengkhianati janji dan amanah Allah. Demi Allah S.W.T mulai hari ini aku bersumpah akan bertaubat dan kembali ke jalan yang suci dan benar."

    Kemudian, Si Ketua Perompak mengarahkan pengikut-pengikutnya memulangkan harta rampasan kafilah tadi. Setelah itu anak muda dan kafilah meneruskan perjalanan. Anak muda itu mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana bukan sahaja dirinya terlindung dari segala musibah bahkan sekalian perompak telah bertaubat pula berkat dari dirinya.

Notapelekat : Subhanallah, hebatkan dakwah si kecil itu. Siapakah anak muda itu?? Anak muda yang jujur lagi soleh itu ialah Sheikh Abdul Kadir Jailani. Seawal usia itu Sheikh Abdul Kadir Jailani sudah berjaya mengetuk pintu hati manusia dengan keindahan akhlaknya. Bagaimana pula kita?? :) 

Siapakah ibu Sheikh Abdul Kadir Jailani? InsyaAllah ada sambungannya. (^_^)

'Ya Allah, peliharalah kami dari gangguan syaitan yang direjam'

Wallahua'lam
Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Jom Jadi Baik! :)

2 comments:

  1. wow, hebat (both stories)
    cadangan: di ruangan 'aktiviti menarik sepanjang hari', cuba tambah perkataan 'at least' kat no.1
    -sekadarcadangan-

    ReplyDelete

Digalakkan supaya anda meletakkan 'nickname' semasa anda menghantar cadangan @ nasihat membina kepada saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...