Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Thursday, 1 November 2012

Berakhirnya Sebuah Penantian

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..



Panggilan ini yang saya tunggu.

     Petang tu dalam perjalanan nak pergi koko, dapat satu panggilan dari Fakulti. Ada surat untuk saya katanya. Hati mula berteka-teki. Surat apa? Surat Jawapan ke? Good news or bad news? Ya Allah. Hanya Dia tahu debaran di hati pada waktu itu. Mesej Along. Along kata nak teman ambil sekali. Along memang soleh. 'Pelawaan' along saya tolak. Takpelah. Biarlah saya hadapinya seorang diri. 

     Keesokannya, lepas habis kelas saya terus ke pejabat fakulti bersama seorang sahabat. Sampai di fakulti, staf yang bertugas keluar rehat. Lihat jam, lepas ni ada kuliyyah. Jadi, kami terus ke Dewan Kuliyyah. Berakhirnya kuliyyah, saya mengambil keputusan untuk ke pejabat fakulti seorang diri. Waktu-waktu genting seperti ini, pergi sendirian lebih baik bagi saya. Dalam perjalanan, hati berteka-teki. Kalau 'good news' kenapa panggilan daripada fakulti? Kenapa bukan dari canselori?

     Sebelum ke pejabat fakulti, saya menuju ke surau dulu. Memohon pada Allah semoga diberi kekuatan walau apapun berita yang bakal saya terima. Walauapapun berita yang saya terima, SUJUD SYUKUR itu MESTI. Itu janji saya. Seusai menunaikan solat sunat, saya terus menuju ke pejabat fakulti. Ucapan terima kasih saya hadiahkan buat pengirim surat dan inilah yang Allah dah tetapkan..



"Dukacita dimaklumkan permohonan anda untuk melakukan pertukaran kos DITOLAK kerana tiada kekosongan dan ---sekian.sekian.sekian......"

Allah.
Allah.
Allah.

     Seperti yang dijanjikan. Sujud Syukur itu MESTI. 
  
      "Afiqah, Bersyukurlah Allah tidak membiarkan kamu menguruskan hidup kamu sesuka hati kamu. Bersyukurlah, Allah kisah kat kamu. Bersyukurlah, sesuatu yang lebih manis sedang menunggumu.InsyaAllah.Bersabarlah duhai hati"


“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci” Surah Ad-Dhuha ayat 3.

"Ya Allah, terasa berjujuran air mata saatku sujud kepadaMu."

     Menangis bukan tanda lemah. Biarkan tangisan hari ini mengubah hidup kita puluhan tahun akan datang ke arah yang lebih baik. Biarlah ia terus mengalir.

Allah.

Ya, inilah panggilan yang saya tunggu setelah 3 bulan menanti. 
Ya, inilah pilihan dari Allah setelah 3 tahun istikharah.
Ya, inilah jawapan yang menjawab teka-teki yang bermain di fikiran sejak dari tingkatan 3.
Ya, inilah yang TERBAIK dari Allah.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

~Ku serahkan takdir di tanganYA mengukir perjalanan~




Astaghfirullah.
Manusia.
Bila Allah tarik SATU nikmat.
Bila Allah datangkan SEDIKIT kesusahan.
Lupa BILLION-BILLION nikmat yang Allah pernah beri.
Dan bersyukurlah
Sekarang kau masih mengecapi nikmat yang paling berharga
Nikmat ISLAM dan IMAN.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.

    Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” 
Surah An-Naml ayat 62.

TERUSKAN BERDOA!

NotaKaki: Maaf Along. Terima Kasih sabar melayan beribu-ribu persoalan dari mereka. Nah, sekarang semua sudah terjawab. Terima kasih Umi, Abah, Sis, Kecik. Terima kasih sahabat. Terima Kasih sentiasa di sisi. Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Lepas ni mesti rindu rutin turun naik canselori dan HEP :)


Majlis Penutupan Minggu Taaruf 2012


Wallahua'lam 
Cik Afiqah Qurratuainii 
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya 
Moga Allah Redha :)

0 coretan:

Post a Comment

Digalakkan supaya anda meletakkan 'nickname' semasa anda menghantar cadangan @ nasihat membina kepada saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...