Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Friday, 30 November 2012

Ghaddul basar

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..



"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya.."
"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya.."
(Surah An-Nur, ayat 30 & 31)

Nak tahu tak (erk,rasanya ramai yang dah tahu. tapi nak bagitahu juga), 
pandangan ni boleh bawa pengarah besar pada hati.
Antara 'habuan' yang boleh kita dapat kalau tak jaga pandangan ini ialah hati mula rasa tak sedap. Solat pun rasa macam di awan-awangan. Resah-gelisah memanjang.  Itu tak kena. Ini tak kena.
Pernah tak rasa?
Kalau pernah, lepas ni mohlah ramai-ramai kita 'check' hati kita.
Banyakkan istighfar. :)

'Jaga pandangan ni, kita mesti kena jalan tunduk ke lantai sepanjang masa ke?', tanya seorang pelajar.

Jaga pandangan ni, tak bermaksud kena tunduk memanjang sampai tak nampak tiang kat depan. Menjaga pandangan ni bermaksud kita menunduk atau mengalihkan pandangan kita daripada perkara yang tidak baik atau haram (cth:aurat) . Atau dalam bahasa mudahnya, mata tak liar.

Tapi, memang ada orang yang dia memang kena tunduk. Kalau dia tak tunduk, haaa mulalah nak pandang benda pelik-pelik.  
Jadi, terpulanglah masing-masing macam mana nak jaga pandangan. :)

Nah, cium tangan kaki saya. ^^
'Perempuan tu yang pakai baju U CAN SEE? Rezeki tu. Tengok je lah.'

Fuh. Soalan batu api yang sering mencetuskan perbalahan. 
Yang A kata B salah, gatal tak jaga mata!
Yang B kata A salah, murah sangat orang nak bagi tengok, kita tengok je lah.

Kita hidup kat bumi ni memang kena tolong-menolong.
Cuba bagitahu sikit, manusia mana tak perlukan pertolongan.
Bila kita meninggal pun, orang tolong kita angkat  masuk kubur.
Jadi, tolong menolonglah dalam hal kebaikan.

My dear Muslimat, please cover your aurah. Love your Hijab. 
So, Muslimin can lower their gaze. 
Oh Yeah,
Muslimat. Remember. We also need to lower our gaze! :)

Walau apa pun, Allah adalah sebaik-baik penolong.
Banyak-banyakkanlah berdoa pada Allah,  
semoga Allah tolong kita untuk jaga pandangan dan hati kita. :)

Dedah Aurat = DOSA
Lihat Aurat = DOSA.

Lihat Al-Quran = Pahala
Lihat wajah Ibu bapa = Pahala
Lihat kaabah = Pahala

*Pilihan di tangan kita. Tepuk Dada tanya Iman! :)


Sabda Nabi Muhammad S.A.W,
 'Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.' (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirdmizi.)


Soalan Popular
'Habis ustaz. Kalau kita pandang lamaaaaaa tak kelip-kelip, sekali pandang je. Kira rezeki lah ye?'

(=_=) Tampaq kang! 

Jaga pandangan ni bukan dekat luar je, dekat facebook internet pun kena jaga. 
Sayang hati kan? Lower your gaze. :)

NotaKecil :  Maaf kalau terkasar bahasa. Sekadar perkongsian ringkas di celah-celah kesibukan kehidupan sebagai siswi. Menyibukkan diri itu memang seronok sebab kita takde masa nak buat perkara sia-sia. Tapi kadang-kadang timbul rasa khuatir di hati, takut-takut kesibukan menyebabkan diri semakin jauh dengan Sang Pemilik Hati. Rasulullah S.A.W taklifatnya lebih besar, sentiasa dekat dengan Allah. Kita pemimpin biasa-biasa sudah mahu lupa Allah. Malu je! Allah.Allah.Allah. Semoga terus disuntik kekuatan.

Sekian,
Santapan rohani untuk kita-kita.
Sesungguhnya pena yang menulis ini lebih dekat dari yang membaca.
Wallahua'lam
Afiqah Qurratuainii
Islamic Financial Mathematics
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)

2 comments:

  1. Masya Allah, hebat nti sekarang..segan ana.. =p
    Tinta menari, dakwah selari.. insyaAllah :)

    P/s:promot link sat. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. I still remember your word,
      "Just for this time sis,PLEASE ignore what other people think about you!"
      Syukran sis.
      *senyum tabah*

      ~Link mana tu? :D

      Delete

Digalakkan supaya anda meletakkan 'nickname' semasa anda menghantar cadangan @ nasihat membina kepada saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...