Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Monday, 18 June 2012

Segmen : Mari Berhijab Part 2

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

Jom Berhijab! 
Yang terpelihara itu indah~


Nama : Srikandi Abu Bakar

Warna : Kelabu (macam doodle kat header)

(^_^)

Nak doodle kat atas??

1. Buat entry bertajuk Segmen : Mari Berhijab Part 2 dan tempek banner atas tue

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
|
|
V
1. Buat entry bertajuk Segmen : Mari Berhijab Part 2 dan tempek banner atas tue

2. Tengok website ---> http://bit.ly/M269pq dan video http://bit.ly/M6jfz6

3. Berikan nama dan  1 warna yang korang nak. (code warna pown boleh)

4. Kalau belum follow blog nie, sila lah follow. Tiada paksaan.

5. Ajak kawan blogger yang lain untuk join segmen nie secepat mungkin.

6. Mesti lihat page nie. WAJIB! --> TEKAN SINI

7. Dah siap? Tinggalkan link entry tue di ruangan komen nie.

8. Tempoh : Anytime apit akan tutup. :-)

NotaHati # 3~Malu

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

Rasa macam nak letak muka dalam air
Malu!~ (=_=)

"Malu dan Iman keduanya sejajar bersama, ketika salah satu dari keduanya diangkat maka yang lainnya akan terangkat sama"
 (Hadith riwayat Hakim & Ibnu Umar)

Si comel menggelakkan. Kurang asam~ 

Kadang-kadang kita malu dan takut kalau orang lain tahu kita buat salah.
Tapi TAK PERNAH rasa malu dan takut pada ALLAH sedangkan kita memang tahu ALLAH itu Maha Mengetahui~

Bersyukur, masih ada rasa malu dan takut orang tahu salah kita. Itu tanda hati masih berfungsi! :)

Akhir kata, hati-hati menjaga hati.

Ya Allah, malunya HambaMu ini padaMu~

NotaKecil :  Biaq pi la orang len nak kata apa~

Wallahua'lam
Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Jom Jadi Baik! :)

Friday, 15 June 2012

Puisi buat teman~

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

Di saat diriku
ketandusan kata-kata
kau datang menjelma membawa cahaya.

Engkau memberi sinar
untuk ku teruskan
kehidupan yang penuh dugaan cabaran

Kasihmu mekar di hati
tarbiyah di bumi ini
dengan keindahan pekerti 
seindah pelangi


Indahnya ukhuwah
tanpa terpalit rasa
sifat mazmumah antara kita
kerdipan cahaya
akanku kenang jasa
kenangan bersama antara kita.

di saat diriku..


Menggodak lappy, tiba-tiba teringat lagu ni.
Masih simpan lagi lagu ni + 'pergelutan' yang berlaku.
Nak nyanyi pun sempat lagi bertelagah! ^_^
Syukran sahabat KISAS-USIM yang sanggup berkumpul sebab nak 'record' suara. :)

Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Jom Jadi Baik! :)

Menjadi Tetamu Allah (part 1)

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

 Kata ustaz, siapa tiada niat untuk pergi, dia takkan dapat pergi.


'Teacher, doakan saya dapat pergi Mekah macam teacher.'

     Saya ingat lagi 'permintaan' saya pada cikgu saya yang bakal menunaikan Ibadah Haji pada waktu itu. Di saat kami bertungkus-lumus melakukan persiapan untuk menhadapi SPM yang hanya tinggal beberapa minggu, guru kami ini dijemput menjadi tetamu Allah. Kata ustaz, siapa tiada niat untuk pergi, dia takkan dapat pergi. Saya pasang niat untuk pergi.

     Di samping meminta didoakan kejayaan dalam SPM, saya mengambil kesempatan yang ada agar cikgu mendoakan saya dijemput juga menjadi tetamu Allah. Saya akui, kadang-kadang terasa cemburu di hati melihat insan yang sampai ke sana hampir setiap tahun. Mungkin belum rezeki saya pada waktu itu. Sabar. Itulah cara terbaik dalam mendidik hati pada waktu itu.

    Selepas menghadapi SPM, saya mengikuti PLKN selama 2 bulan setengah. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan. Sekembalinya saya dari PLKN, Ummi membawa khabar gembira. Terus persiapan dibuat. Daripada membuat passport sampailah ke medical check-up diselesaikan secepat mungkin. Excited! Firts time kot. Ummi & Abah pun dah 10 tahun tak sampai sana. Terakhir-Ibadah Haji 2001. 

Teringat perbualan dengan doktor.

Doktor : Pergi bulan berapa?

Admin : Bulan 6.

Doktor : Owh.Lama lagi. (Ketika itu baru bulan 4)

     Lumrah, kalau nak lakukan ibadah ni memang banyak dugaanya. Tarikh umrah bertembung dengan --> 1.6.2011 Pendaftaran Pelajar Tamhidi USIM. Bukan kami tidak merancang. Kami menyangka semua pelajar IPTA diselaraskan mendaftar pada bulan 9. Rupa-rupanya hanya untuk pelajar 'degree'. Jadi, apa nak buat? Takkan nak batalkan tiket. Jadi teruskanlah perancangan yang telah dibuat.

     Dua pucuk surat dikirim ke pihak IPTA. Satu ke UIA, satu ke USIM. Kenapa dua? UIA is for my twin and USIM is for me. Surat meminta kebenaran penangguhan asasi. Apa yang berlaku kalau surat penangguhan ditolak? Backup Plan. Seandainya pihak UIA & USIM menolak, my twin akan mendaftar ke KISAS untuk panggilan ke-2 dan saya akan terima tawaran MARA untuk buat A-Level ke luar negara. Tawakal 'alallah. Semoga dipermudahkan urusan.

     Alhamdulillah. Pihak UIA memberi kebenaran penangguhan dan diminta mendaftar bersama-sama pelajar 2nd intake pada 18.6.2011. Kami tidak menerima maklum balas dari USIM. Seandainya memang tak dibenarkan, saya akan teruskan plan B. Tidak mahu susahkan hati ummi & abah. Lagipun memang sedang lakukan istikharah pada waktu itu.

     
     Kami membuat keputusan menghantar surat sekali lagi. Kali ini by hand. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan. Kebenaran penangguhan diterima dan diminta mendaftar pada 13.6.2011. 2 minggu lambat. Ok lah. Tak tertinggal banyak pun. Ada kuliah yang tak mula lagi. Pihak pendaftaran bagitahu : awak adalah pelajar 1st intake yang terakhir mendaftar. Wah, Junior! :)

InsyaAllah bersambung --> Part 2

     Pesan ustaz : 'Kalau kita sabar dengan dugaan penat dan sakit yang Allah bagi sepanjang perjalanan menjadi tetamu Allah, InsyaAllah allah akan ampunkan dosa sepanjang perjalanan menziarahi rumah Allah.'

Yang merindui,
Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Jom Jadi Baik! :)

Wednesday, 13 June 2012

Nak Jadi Hafiz~

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi
 (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)


Tertarik melihat video ini.
Kakak yang suruh tengok.
Kami memang suka 'kongsi-kongsi video'
Comelkan Muhammad Abu Bakar Al Amin ni :)

Selalu 'replay' video ni banyak kali.
Inspired me a lot. :D


MasyaAllah.
Hebat kamu adik. 
Kecil-kecil sudah tahu istilah 'Hafiz'
May Allah ease

Jom sama-sama jadi anak soleh! :)
InsyaAllah bahagia dunia akhirat.


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامً
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqan:74)


Ini pun adik Muhammad. Muhammad Al-Hafiz


Bila jumpa insan-insan yang hebat akhlaknya, saya sering tertanya-tanya.
Siapalah ibu bapa mereka.
Doktor, ustaz, pensyarah atau ulama'?

Ibu bapa Yahudi berjaya meyahudikan anak-anak mereka

Ibu bapa Nasrani berjaya menasranikan anak-anak mereka

Ibu bapa Majusi berjaya memajusikan anak-anak mereka

Ibu bapa muslim bagaimana?

Jom baca sini--> saifulislam

Rasulullah S.A.W adalah 'role model' yang Terbaik. Kenapa perlu cari yang lain?

NotaKecil : Saya rasa bonda adik ni mesti tau 'selok-belok' software komputer. (^_^)

Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Jom Jadi Baik! :)

Friday, 8 June 2012

Khas untuk Nisa'

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

How can I forget all that
When you are the one who makes me smile



Khas untuk Cik Nisa',
Selamat ulang tahun yang ke 19.
Nisa' satu-satunya penghuni E14 yang tak sempat nak 'dikenakan'.
Maaf tiada Kung Fu Panda menanti di hadapan rumah.
Sebab kita bukan kanak-kanak comel lagi :D
Lakonan anda pada 261011 bersama-sama sahabat E14 memang terbaek!
Semoga kematangan kita meningkat seiring usia.

Tajuk entry ni sepatutnya 'Khas untuk Nisa' & Aimi'.

Nisa',
Nak tahu tak
Beberapa hari lepas saya mimpi baik pasal kita.
Seakan-akan realiti.
Hakikatnya
Memang realiti untuk awak
Tahniah!(macam nak menitik air mata.Gembira sangat.)
Tak sangka
Alhamdulillah
Tapi belum lagi untuk saya
InsyaAllah suatu hari nanti
Semoga menjadi kenyataan, Biiznillah.

Terima Kasih baca entry ini.
Maaf sebab tak menjawab soalan kakak.
Maaf andai menggundang luka di hati.
Ketahuilah
Cerita hidup kakak menjadikan saya lebih kuat.
Kakak dah buat yang terbaik.
Jadi Allah bagi kakak yang terbaik.
Baikkan Allah.
Allah Maha Menilai. :)


NotaKecil :  Cik Doktor berdua.
                Saya bermimpi memilih jalan berlainan dari awak berdua.
                Thanks for supporting me.
                Doakan yang terbaik. 
                Sayang semua billah lillah.
                Terima kasih Ya Allah dikurniakan teman sehebat mereka~ Allahuakbar

Untuk awak :)

Kata orang,
Hidup ini tak selalu indah
Tapi yang indah itu akan tetap hidup dalam kenangan
InsyaAllah~

Cik Afiqah Qurratuainii 
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya 
Jom Jadi Baik! :)

Bang, rumah depan tu dah dua kali tukar perabot~

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

Joyah : Budak tu peliklah. Kadang-kadang dia pakai tudung labuh. Kadang-kadang pakai tudung kecik.
Minah : Dekat kuliah aku pun ada dua tiga orang macam tu. Peliklah.

Wife : Bang, rumah depan tu dah dua kali tukar perabot. Banyak duit diorang bang.
Husband : Alah, hutang je tu.

Peah : Eee. You all. Tengok ni. Artis ni dah bercerai. 
Gayah : Muka cantik. Macam mana boleh cerai-berai. Pelik Aku! Ni mesti dia ****

Seringkali kita lihat situasi-situasi begini dalam TV.
Dan setiap kali munculnya babak-babak 'annoying'  di kaca TV,
Umi akan kata,'Tukar cerita lain.' :D

Kenapalah nak dengki dekat Si Artis? Sebab dia cantik kita tak cantik?!?!

Kenapalah nak dengki dekat Jiran tu? Mungkin dia baru dapat Durian Runtuh.Husnuzhon.

Kenapalah nak dengki kat Si Tudung Labuh? Mungkin dia baru nak belajar bertudung labuh. Mungkin tudung labuhnya ada sehelai dua.Kalau asyik pakai yang sama tak, orang kata tak basuh pula. Manusia~(=_=)


Pekakkan Telinga Anda

Teringat ketika di PLKN, ada seorang wirawati ni 'bisik' dekat kawan dia dengan nada LOUDSPEAKER,

"Kau tengok ustazah kat depan tu, macam mana dia boleh pakai baju macam tu(baju kawad). Tudung masuk kat dalam. Nampak bentuk badan. Aku tak pe. Aku tak sekolah agama."

Boleh bayangkan tak, bisik tapi LOUDSPEAKER.

Ketika itu jugalah saya terfikir, memang betul-betul wujud ea spesies manusia macam ni kat atas muka bumi Allah ni. Ingat kat dalam TV je.

Kesian kat 'ustazah' tu. Teruji kesabarannya. Apa boleh buat. Pekakkan sahaja telinga. Nanti dia penat, dia berhentilah.:)


Saya bawakan satu kisah,

Hasad Dengki


Anas bin Malik rodhiyallahu anhu berkata:

Ketika kami sedang duduk bersama-sama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tiba-tiba beliau berkata : Sebentar lagi akan muncul seorang lelaki penghuni syurga. Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki Ansar. Janggutnya kelihatan basah oleh air wudhu'. Tangan kirinya menjinjing sandal. Esok harinya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengucapkan kalimah yang sama sehingga hari ketiga.

Kerana ingin tahu, akhirnya Abdullah bin Amr mengikut lelaki Ansar tersebut. Dia bermalam di rumah lelaki Ansar selama tiga malam. Dia ingin mengetahui apa yang dikerjakannya sehinggakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memberinya jaminan syurga.

Selepas tiga hari, Abdullah bin Amr tidak mendapati amalan istimewa yang dikerjakan lelaki Ansar tersebut. Disebabkan hairan bercampur rasa ingin tahu, Abdullah bin Amr memberanikan diri bertanya pada lelaki Ansar tersebut.

Aku sudah memperhatikan amalanmu, aku ingin menirunya akan tetap bagiku tidak ada yang istimewa darimu. Sebenarnya apa yang membuat  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjamin engkau masuk ke syurga?

Lelaki Ansar itu menjawab :

"Aku orang biasa seperti yang engkau lihat. Cuma aku TIDAK PERNAH punya rasa hasad dengki kepada seorangpun atas kebaikan yang Allah berikan padanya"

Subhanallah. Baikkan Allah! :)

Lepas ni, kita kena usaha jaga hati. Setiap kali terdetik rasa dengki, cepat-cepatlah beristighfar ya. ^_^

Manusia kadang-kadang timbul rasa hasad dengki sebab dia cemburu + takut orang lain ambil rezeki dia. Allah. Rezeki tu kalau Allah dah tuliskan untuk kita, InsyaAllah kita akan dapat. Makanan yang dah ditelan pun boleh terkeluar kalau bukan hak kita. Rezeki Allah ada di mana-mana. Yakin dengan Allah. Banyakkanlah menyebut Ya Razzaq, Ya Razzaq, Ya Razzaq. ^^

NotaTambahan 
Satu hari ni, saya sekeluarga makan kat luar. Ada 2 orang wanita sedang bergossip berbual tentang Majlis Perkahwinan Seorang Penyanyi yang baru berlangsung dan saya TERdengar perbualan mereka.

"Si Fulan yang baru kahwin tu bagi ****** kat Mak dia.", cerita Si A kepada Si B sambil membelek surat khabar. "Mesti Si Fulan ...", sambung cerita Si A kepada Si B sambil menambah spekulasi sendiri.

Saya cakap dekat Ummi, "Ummi, diorang cerita pasal jiran kita."

  (=_=)

Sesungguhnya bergossip(nama glamour) a.k.a mengumpat tu tidak memberi manfaat pun kepada kita. Sekalipun manusia tak dengar, Allah Maha Mendengar.Henti-hentikanlah ya. :)

Ya Allah, ingatkanlah kami jika kami terlupa, tegurlah kami, jika kami tersalah.


Ya Allah, lindungilah kami daripada perasaan iri hati dan hasad dengki terhadap orang-orang yang beriman.


Notakecil : CloroxHati~
Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Jom Jadi Baik! :)

Masih ada waktu~

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..


Teringat kata-kata Ustaz Don masa mengikuti Love Talk.

Rasulullah S.A.W bersabda:
Seandainya akan berlaku kiamat dan pada tangan kamu ada anak benih. Tanam benih.

Rasullullah S.A.W tak pernah ajar kita erti terlambat.

Nama pun manusia. Pasti melakukan kesilapan dan dosa.
Dan daripada semua itu kita belajar.


Masih ada waktu~

Ingatlah hati. Islam suruh tutup keaiban diri. Islam suruh manusia perbaiki diri bila-bila masa sahaja. Islam tak suruh pergi membuat pengakuan untuk ceritakan keaiban diri bila-bila masa sahaja. Banyakkan istighfar. Balik pada Allah dan mintalah keampunan daripada Allah.

Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk Dia ampun orang yang buat dosa pada waktu malam dan Allah buka pintu keampunan pada waktu malam untuk Dia ampun orang yang buat dosa pada waktu siang. Subhanallah. Baiknya Allah kan :)

Usah berputus asa dari Rahmat Allah. Teruskan perbaiki diri.

~Usah dijaja aib orang~

Notahati : Tetapi ramai sekadar mengulanginya. Naudzubillahiminzalik.


Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Jom Jadi Baik! :)

Thursday, 7 June 2012

Cari yang pakai serban

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

Pada suatu hari. 
(jeng..jeng..jeng) 
(^_^)

Abah: Nanti Abah cari yang pakai serban yang berjanggut

Admin: Tak payahlah sampai berserban berjanggut =_=



Along: Tak payah cari berserban, berjanggut atau berkopiah.
          Cari makcik-makcik tua yang pakai tudung :D

Terbaik Along!
Alhamdulillah atas nikmat Allah beri.
Abah prihatin dan Along yang memahami.
Terima kasih abah+along~(nada style upin ipin)

NotaKecil: Mencari cikgu sekolah memandu~

Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Jom Jadi Baik! :)

Nota Hati # 1


::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..


Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis. (HR. Bukhari dan Muslim) 



Ramai tersenyum membaca ayat ini
Terutamanya golongan Hawa
Tepat menyentuh hati
Bagaikan terkena batang hidung sendiri

Wanita ini
Sentiasa kelihatan tertawa ceria
Seakan-akan tiada masalah menerjah diri
Hakikatnya tiada siapa tahu
Di saat kesedihan melanda
Jauhnya bersendirian
Bertemankan air mata
Meminta kekuatan dari yang Maha Esa

Wanita dan emosi tak dapat dipisahkan :)
~Lepas ni ni nak kurangkan ketawa, banyakkan muhasabah~

Notakecil : Video bawah ni Terbaik! Jangan Gelak! ^_^



Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Jom Jadi Baik! :)

Friday, 1 June 2012

Jom Teka Lagu


::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..


“China boom.. China boom.. China boom to Japan boom.. “

     Dari kejauhan terdengar sayup-sayup gelak tawa senda gurau sekumpulan pelajar ipta. Meriah. Cuti hujung minggu mereka kali ini lain daripada yang lain. Kalau sebelum ini setiap kali malam Sabtu sibuk menghadap movie Korea, paling tidak pun melayan novel JemariSeni tapi kali ini malam Sabtu mereka terisi di persisiran Pantai Tanjung Bidara. Tergambar keceriaan di wajah mereka. Hilang seketika masalah bagaikan semuanya telah ditinggalkan di Kolej Kediaman.

   Puas ‘mengeboom’ negara orang, mereka bermain JOM TEKA LAGU. Dari lagu English, Korea, Rock Kapak sampailah ke Nasyid semuanya dapat diteka dengan tepat. Kadang-kadang tu belum sempat keluar suara, baru intro ada sahaja yang dapat menekanya.

     Tiba-tiba bangkit seorang dari kalangan pelajar-pelajar jurusan pergigian tersebut memberi cadangan. Cadangan yang cukup bernas. Hebat.

“Apa kata kita main JOM TEKA SURAH”.

     Surah-surah yang biasa dihafaz seperti As-Sajadah menjadi pilihan. Dalam kalangan mereka ada sahaja yang hafaz Al-Quran tapi bilangan ‘JilulQuran’ itu tidak sampai satu per empat.

     Sepotong ayat Quran dimainkan. Tiada respons. Senyap. Puas menjelajah hati mengingat kembali ayat yang dimainkan. Itupun kalau pernah menghafaznya. Ada yang cuba meneka. Tapi tembakan tersasar. JOM TEKA SURAH tidak semeriah JOM TEKA LAGU. Permainan yang “sama tapi berbeza”.




AYAT-AYAT CINTA

     “Kenapa kalau kita tengok bangunan hati kita belum tentu tenang, tapi kalau tengok langit, tumbuhan dan lautan hati kita insyaAllah tenang.Nak tahu kenapa? Sebab bangunan itu Allah cipta dengan perantaraan manusia sedangkan langit, pokok dan lautan Allah yang cipta tanpa perlu perantaraan makhluknya. Jadi lebih dekat dengan Allah. Hebatkan ciptaan Allah. Subhanallah.”

     Damainya hati melihat kebesaran Allah. Seandainya tsunami melanda. InsyaAllah habis satu kawasan. Mungkin ada yang kata. “Isy, tak jaga mulut.” Tapi itulah hakikat. Ajal maut di tangan Allah. Perlu sentiasa diingatkan.

     Duduk menghadap laut ditemani bunyi ombak membawa fikiran jauh mengembara. Permainan JOM TEKA SURAH terkesan di hati. Kenapa tidak segah JOM TEKA LIRIK? 

“Hadirnya tanpa ku sedari. Menggamit kasih cinta bersemi…”,

“Oh tuhan, seandainya telah kau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku. Satukanlah hatinya dengan hatiku…”

“Adakah mungkin kau ku miliki untuk aku jadikan insan bernama kekasih..”

     Rata-rata peminat nasyid tahu dan kenal dengan lirik-lirik ini. Lagu Cinta. Saya tidak katakan lagu ini HARAM untuk didengar. Cuma terfikir, dalam kehidupan sehari-harian kita berapa kali sahaja bibir kita lancar menuturkan ayat-ayat Quran berbanding lirik-lirik lagu? Berapa kali sahaja ayat Al-Quran dimainkan di mp3 berbanding lagu-lagu yang memuja cinta manusia? Sedangkan inilah AYAT-AYAT CINTA sebenar dari Allah.

     Kenapa perlu hafaz Quran? Ada yang kata, ‘Hati kami tidaklah sebersih hati para alim ulama’ .Kami banyak buat maksiat.Lagho.Jadi susah nak hafaz’. Hakikatnya disebabkan hati kotorlah kita kena banyak baca Quran, banyakkan bertadabbur dengan ayat-ayat Quran dan hafaz Quran supaya kita LEBIH menjaga hati kita. Supaya hati kita bersih. Look! Positive Feedback~

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran. Masukkan kami ke dalam syurgamu dengan syafaat Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami, keluarga serta zuriat keturunan kami untuk menghafaz Al-Quran. 
Allahumma Ameeen.



Saya mencatat supaya saya ingat,
Saya menulis supaya saya buat,
Saya mencoret supaya saya dapat berkongsi.
Inilah coretan saya.
Wallahua’lam


Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya 
Jom Jadi Baik! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...