Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Monday, 30 July 2012

Menanti dan terus menanti

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..



Malam ni dah masuk 11 Ramadhan 1433. 
Maka berakhirlah fasa pertama bulan ramadhan. Fasa Rahmah.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk memasuki fasa ke-2 Ramadhan. Fasa Keampunan.

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan. Awalnya adalah Rahmah, pertengahannya adalah Keampunan dan akhirnya adalah Pembebasan Hari Akhirat'
(Maksud Hadith)

Baru-baru ini, saya menerima satu dua panggilan.
Unexpected!Serious.
Dari seseorang yang saya hormat
Seseorang yang jauh umurnya dari saya.
Seseorang yang telah memotivasikan saya untuk terus kejar impian saya.
Yang pentingnya, 
He inspires me a lot eventhough we never talk and He never know me before.


Sejak tu kehidupan saya berubah '15 darjah'.
Dari seseorang yang tak pernah kisah letak phone kat mana kalau pulang ke rumah,
Saya berubah menjadi seseorang yang SANGAT-SANGAT kisah dan PRIHATIN terhadap handphone saya.
Setiap panggilan yang masuk, mendebarkan hati.
Fenomena ini melanda satu rumah.
Semua orang PRIHATIN dengan handphone saya.
"Siapa telefon?"~Soalan wajib kalau dengar ringtone.:)
Saya hampir trauma mendengar ringtone tersebut walaupun dekat handphone orang lain.

Saya Gembira Mereka Gembira

Ramadhan Kareem.
Seminggu dua ini saya banyak terima berita gembira.
Kegembiraan sahabat, kegembiraan saya juga. Alhamdulillah

Dua tiga orang rakan-rakan dari Tamhdidi Pergigian dan Tamhidi Sains dapat tawaran ke bidang  perubatan untuk degree nanti.
Saya tersangat gembira bila baca mesej ini:
"Saya dapat medic.Awak orang pertama saya bagitahu.Semoga Allah tunjukkan yang terbaik.Harap sangat-sangat dapat sama-sama lagi."
Terima kasih tahan kerenah saya :D
Tahu tak, Saya tersangat Gembira+Terharu. Allahuakbar^^

Ada rakan-rakan yang score 4 flat
Ada yang dahulu pointer 3.3 dapat buat 'lonjakan sarjana' sampai 3.9
Ada yang dahulunya keputusan SPM biasa-biasa, menjadi pelajar terbaik mengalahkan yang straight A's.
Saya belajar banyak dari mereka.
JANGAN pernah 'berkenalan' dengan putus asa.
Setelah berusaha, TAWAKAL 'ALALLAH.
Banyakkan berdoa.

Mahu ke sini lagi.Biiznillah~


Bulan 9 nanti
InsyaAllah ada sahabat-sahabat yang bakal terbang 
Menuntut ilmu di bumi anbiya'.
Meneruskan perjuangan sebagai khalifah.
Belajar molek-molek :)

Saya mahu terbang bersama mereka. Bolehkan??

Erti Tawakal

Bila saya dapat keputusan yang tak memuaskan hati saya
Saya lebih suka berkongsi pada insan yang lebih rendah keputusannya dari saya 
Kenapa??
Supaya saya belajar erti syukur.

Bila keputusan saya mencapai sasaran
Saya suka dengar cerita mereka yang lebih cemerlang
Supaya saya tak rasa bajet bagus sangat.
Supaya tak riak.
Ummi selalu pesan kalau dapat keputusan bagus, JANGAN sombong!

Kadang-kadang kita rasa, usaha kita dah cukup.
Tak perlu nak doa banyak sangat.
Confirm flying colours~

Allah ajar saya
Banyakkkan berdoa 
Jangan Sombong dengan Allah.
Rugi!

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
(SUrah Al-Mukmin ayat 60)

Allah ajar saya
Setiap kali kita berusaha dan berdoa, kita perlu TAWAKAL.
TAWAKAL--> kita serah segala urusan kita pada Allah
Mungkin Allah perkenankan, mungkin tidak.
Confident is okay But DON'T OVERCONFIDENT~

Adakalanya kita tertanya-tanya
Kenapa Allah datangkan ujian yang membuatkan kita terduduk hiba
Lain kita sangka, lain yang kita dapat.
Kenapa kita, bukan orang lain. Jiran atas rumah ke?

Ingat hati,
Allah tak datangkan sesuatu ujian itu melainkan kita mampu menghadapinya.
Allah created us. Of course He knows the BEST for us right?

"..But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But Allah knows, and you know not."
(Al-Baqarah:216)

Alhamdulillah Allah kisah kat kita.
Sebab dengan ujian itulah
Kita LEBIH banyak berdoa pada Allah
Kita LEBIH minta sungguh-sungguh pada Allah
Kita LEBIH banyak mengadu pada Allah
Kita jadi LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH
Jangan pernah malu menangis untuk ALLAH

Terima Kasih Ummi
Terima Kasih Ummi
Terima Kasih Ummi
Terima Kasih Abah
Terima Kasih Along
Terima Kasih Akak
Terima Kasih Kecik
Terima kasih sahabat
Terima Kasih sebab ada sewaktu AfiqahMsy dilanda 'hujan'.:)

Hari ini saya telah 'bergayut' sehinggak kehabisan kredit.Akhirnya^^
Terima kasih atas mutiara kata:
"InsyaAllah, ada rezeki pasti dapat. Apa yang kita dapat ni, semuanya dari Allah dan sesuatu takkan berlaku tanpa izinnya. Innama amruhu idza aroda syai an anyaquula lahu kun fayakun. Tenangkan fikiran dan bersedialah terima natijah penantian. InsyaAllah khabar gembira menanti. Bulan Ramadhan, Bulan Mulia, Bulan Kemuliaan. Banyakkan berdoa."

Menanti dan Terus Menanti.

Saya bila sukakan sesuatu.
Saya akan ambil tahu hampir semua benda yang berkaitan dengan apa yang saya suka.
Mereka kata saya macam orang bercinta :)
Bila Saya tak dapat sesuatu yang saya suka
Hidup saya serba tak kena.
Mereka kata saya macam orang putus cinta :)
Hakikatnya ini bukan percintaan dengan manusia
Ini percintaan dengan gedung Ilmu :)

Saya masih ingat pesan senior : "Mereka yang dapat ke sana, Allah yang pilih."
Adakah saya terpilih?
Wallahu'alam

Kenapa beliau boleh call saya??
InsyaAllah, bila tiba masanya saya akan coretkan. :)
Saya masih menantikan panggilan seterusnya.
Mungkin ada. 
'Kesetiaan' saya teruji.
Doakan ^^

NotaHati:Terima kasih membaca entry yang agak panjang.May Allah bless.

Kalau boleh semua nak 'Grad' dari Universiti Ramadhan dengan Ijazah Taqwa Kelas Pertama. Persoalannyan apakah kita telah berjaya memperolehi rahmahNYA sepanjang 10 hari pertama Ramadhan? Teruskan Berjihad :)


Wallahua'lam
Yang menulis,
Insan yang belajar dari cerita hidup orang lain dan diri sendiri
Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)

Tuesday, 10 July 2012

[Cerita Abah] - Tell the truth

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

     Semenjak masuk Semester 2, saya jarang-jarang balik ke 'kampung'. Ada lah juga, tapi tak sekerap ketika di Semester 1. Petang itu Abah bercerita, 

Abah : Hari tu ada orang telefon Abah.

Admin : Sape Abah?

Abah : Dia kata dia orang bank.

Admin : Dia nak apa?

Abah : Dia tanya, Abah kerja ke tak.

Admin : Abah cakap apa?

Abah : Abah cakaplah Abah tak kerja. Dia terus letak telefon.

Saya  tersengih. Faham mesej yang ingin disampaikan

Admin : Lah.. Kenapa Abah cakap Abah tak kerja? (buat-buat tanya)


Abah : Masa dia telefon tu hari Ahad. Hari Ahadkan cuti
           Abah cakaplah Abah tak kerja. Terus dia letak telefon!

Admin : Pandai Abah pusing ayat! *Gelak guling-guling*

'Kesian' kat orang tu terkena dengan Abah. Orang tu yang kononnya mengaku Pegawai Bank faham maksud tak kerja --> menganggur (jobless) dan Abah faham maksud tak kerja --> cuti! Hakikatnya, saya tahu Abah faham maksud 'pegawai bank' tersebut dan Abah memang suka + sengaja buat-buat tak faham. Abah oh Abah :D

     Sejak dua menjak ni timbul kembali kes penipuan yang dilakukan sekumpulan makhluk yang mengaku pegawai bank. Hati-hati ya :) Allah Maha Mengetahui


Saya bawakan satu cerita

     Pada suatu hari, ada seorang anak muda ingin ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Disebabkan rumahnya agak jauh dari Baghdad, ibunya telah memberinya 40 dinar sebagai bekalan pergi dan balik. Sebelum bertolak ke Baghdad ibunya berpesan agar sentiasa cakap benar dan jujur dalam semua perkara.

     Dalam perjalanan ke Baghdad anak muda tersebut menumpang segerombolan kafilah kerana perkara itu biasa bagi orang yang ingin berjalan jauh, patah lagi umurnya yang masih muda. Telah ditakdirkan Allah, keitka dalam perjalanan ke Baghdad mereka diserang sekumpulan perompak. Anak muda tersebut ditangkap dan dijadikan orang tawanan.

     Semasa dibawa pergi seorang perompak bertanya, "apakah yang engkau bawa wahai budak?". Dengan tegas anak muda itu menjawab, "Saya cuma ada 40 Dinar, Tuan". Mendengar kata-kata anak muda itu, pereompak tersebut pergi meninggalkannya kerana sangka dirinya dipermain-mainkan. Kemudian datang lagi seorang perompak bertanya hal yang sama. Anak muda itu memberi jawapan sama seperti jawapan yang diberikannya kepada kawan si perompak itu tadi.

     Sebaik sahaja mendengar jawapan anak muda itgu, perompak itu membawanya berjumpa Si Ketua Perompak. Si Ketua pun bertanya soalan persis soalan yang diajukan oleh pengikut-pengikutnya dan anak muda itu sekali lagi menjawab dengan tegas tanpa sedikit pun mengubah jawapannya.

     Si Ketua Perompak yang dihujani ribuan tanda soal soal bertanya, " Hai budak, kenapa engkau berani sekali berkata benar sedangkan engkau membawa wang."

     Anak muda itu menjawab,

"Tuan, sejak kecil ibu saya ajar saya supaya selalu cakap benar. Hingga sebelum berangkat ke Baghdad ibu saya berpesan supaya jangan berbohong. Saya tidak sampai hati hendak mengkhianati nasihat dan pesanannya. Apalah sangat nilai 40 Dinar ini tuan, bagi seorang yang mahu menuntut ilmu kerana Allah"

     Mendengar jawapan itu, Si Ketua Perompak lantas menangis seraya berkata,

"Alangkah mulianya budi pekertimu wahai budak dan alangkah beruntungnya ibu yang melahirkanmu. Masih keci begini sudah takut berbuat dosa sedangkan aku pula tanpa segan silu berbuat jahat dan mengkhianati janji dan amanah Allah. Demi Allah S.W.T mulai hari ini aku bersumpah akan bertaubat dan kembali ke jalan yang suci dan benar."

    Kemudian, Si Ketua Perompak mengarahkan pengikut-pengikutnya memulangkan harta rampasan kafilah tadi. Setelah itu anak muda dan kafilah meneruskan perjalanan. Anak muda itu mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana bukan sahaja dirinya terlindung dari segala musibah bahkan sekalian perompak telah bertaubat pula berkat dari dirinya.

Notapelekat : Subhanallah, hebatkan dakwah si kecil itu. Siapakah anak muda itu?? Anak muda yang jujur lagi soleh itu ialah Sheikh Abdul Kadir Jailani. Seawal usia itu Sheikh Abdul Kadir Jailani sudah berjaya mengetuk pintu hati manusia dengan keindahan akhlaknya. Bagaimana pula kita?? :) 

Siapakah ibu Sheikh Abdul Kadir Jailani? InsyaAllah ada sambungannya. (^_^)

'Ya Allah, peliharalah kami dari gangguan syaitan yang direjam'

Wallahua'lam
Cik Afiqah Qurratuainii
Housesister
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Jom Jadi Baik! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...