Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Friday, 26 October 2012

Kembali Menulis

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

Salam EidulAdha
Jumaat
26.10.12
10 Zulhijah 1433
Mid-Sem Break.

"Read to grow and write to share."



Alhamdulillah.
Saya dan anda
yang menulis dan membaca
Masih diberi nikmat untuk terus menghirup oksigen yang Allah 'sponsor'
Masih diberi kesempatan untuk menebus dosa-dosa lalu
Masih diberi peluang untuk terus memburu Mardhotillah.

Fuh.Fuh.Fuh
MasyaAllah.Bersawang blog. ^^
Hampir 2 bulan laptop ditinggalkan
Menemani Abah dan Adik di rumah
Dan dah berbulan-bulan tak post 'entry' baru.
Tulis-simpan-tulis-simpan-tulis-simpan.

Kadang-kadang tu, Ya Allah..
terasa beratnya jari-jemari ni nak menulis.
Kalau bab buka 'bukumuka', laju je! oopppsss..^^
Ada ketikanya, 'idea' melimpah ruah,
waktu pula tak mengizinkan ketika itu
bila sampai depan laptop, kering!
Kena ambil 'feel' dulu.
MasyaAllah.
Banyaknya dugaan nak berkongsi ilmu Allah.

Saya suka baca tulisan-tulisan di blog.
Dari blog adik-adik sekolah rendah sampailah ke blog mak-mak orang 
semua saya 'explore' (bukan stalk ye..)

Kalau dahulu semasa di tamhidi,
Setiap hari jumaat menapak ke pustaka bersama sahabat tercinta
Cari article baru untuk bekalan semingggu, 
lepas tu 'save' dulu dalam pendrive.
Balik rumah baru baca sebab tak de WiFi kat Kolej Kediaman.
Alhamdulillah,
sekarang dah ada Wifi.
Semua di hujung jari

Aktiviti menapak :D
Credit : TuanPunyaGambar

Tapi
Kadang-kadang rasa malas tu datang juga.
Pujuk hati, "Kata nak jadi Bidadari Syurga, Calon Bidadari Syurga Mesti Kuat!"
Kuatkan juga diri untuk membaca walaupun sedikit.
Biarlah sedikit, asalkan memberi kesan dalam mendidik hati mengenal Allah.

Melihat ramai ustaz dan ustazah yang saya kagumi
menggalakkan anak-anak mereka mebaca, ber'blog' dan menulis sejak kecil.
Saya jadi MALU.
Adik-adik yang masih bersekolah rendah 
berlumba-lumba membaca, menulis dan menyebarkan ilmu.
Kenapa saya yang katanya sudah bergelar MahaSiswi masih bermalas-malasan untuk membaca dan menulis?
(Buek malu je Cik Kak oi!)
Astaghfirullah.

Semoga Allah memberi kekuatan untuk terus menulis.
Biarlah sedikit dan ringkas
Asalkan padat dan berkesan! :)


Ayuhlah para Mujahid, ayuhlah para Mujahidah
Kita tinggalkan Zaman Fitnah
Agar tertegak KALIMAH ALLAH
Agar terbangun Dunia Baru Islam



Ya Allah, 
ikhlaskanlah hati kami dalam menuntut ilmuMu
ikhlaskanlah hati kami dalam melakukan amal ibadah kepadaMu
ikhlaskanlah hati kami dalam mencari RedhaMu

Kurangkan Zon Selesa
PENGORBANAN itu perlu
Demi REDHA ALLAH
Salam EidulAdha

Nota:Hari Jumaat ni, Jom Baca Surah Al-Kahfi! :)

Wallahua'lam
Cik Afiqah Qurratuainii
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...