Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Friday, 30 November 2012

Ghaddul basar

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..



"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya.."
"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya.."
(Surah An-Nur, ayat 30 & 31)

Nak tahu tak (erk,rasanya ramai yang dah tahu. tapi nak bagitahu juga), 
pandangan ni boleh bawa pengarah besar pada hati.
Antara 'habuan' yang boleh kita dapat kalau tak jaga pandangan ini ialah hati mula rasa tak sedap. Solat pun rasa macam di awan-awangan. Resah-gelisah memanjang.  Itu tak kena. Ini tak kena.
Pernah tak rasa?
Kalau pernah, lepas ni mohlah ramai-ramai kita 'check' hati kita.
Banyakkan istighfar. :)

'Jaga pandangan ni, kita mesti kena jalan tunduk ke lantai sepanjang masa ke?', tanya seorang pelajar.

Jaga pandangan ni, tak bermaksud kena tunduk memanjang sampai tak nampak tiang kat depan. Menjaga pandangan ni bermaksud kita menunduk atau mengalihkan pandangan kita daripada perkara yang tidak baik atau haram (cth:aurat) . Atau dalam bahasa mudahnya, mata tak liar.

Tapi, memang ada orang yang dia memang kena tunduk. Kalau dia tak tunduk, haaa mulalah nak pandang benda pelik-pelik.  
Jadi, terpulanglah masing-masing macam mana nak jaga pandangan. :)

Nah, cium tangan kaki saya. ^^
'Perempuan tu yang pakai baju U CAN SEE? Rezeki tu. Tengok je lah.'

Fuh. Soalan batu api yang sering mencetuskan perbalahan. 
Yang A kata B salah, gatal tak jaga mata!
Yang B kata A salah, murah sangat orang nak bagi tengok, kita tengok je lah.

Kita hidup kat bumi ni memang kena tolong-menolong.
Cuba bagitahu sikit, manusia mana tak perlukan pertolongan.
Bila kita meninggal pun, orang tolong kita angkat  masuk kubur.
Jadi, tolong menolonglah dalam hal kebaikan.

My dear Muslimat, please cover your aurah. Love your Hijab. 
So, Muslimin can lower their gaze. 
Oh Yeah,
Muslimat. Remember. We also need to lower our gaze! :)

Walau apa pun, Allah adalah sebaik-baik penolong.
Banyak-banyakkanlah berdoa pada Allah,  
semoga Allah tolong kita untuk jaga pandangan dan hati kita. :)

Dedah Aurat = DOSA
Lihat Aurat = DOSA.

Lihat Al-Quran = Pahala
Lihat wajah Ibu bapa = Pahala
Lihat kaabah = Pahala

*Pilihan di tangan kita. Tepuk Dada tanya Iman! :)


Sabda Nabi Muhammad S.A.W,
 'Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.' (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirdmizi.)


Soalan Popular
'Habis ustaz. Kalau kita pandang lamaaaaaa tak kelip-kelip, sekali pandang je. Kira rezeki lah ye?'

(=_=) Tampaq kang! 

Jaga pandangan ni bukan dekat luar je, dekat facebook internet pun kena jaga. 
Sayang hati kan? Lower your gaze. :)

NotaKecil :  Maaf kalau terkasar bahasa. Sekadar perkongsian ringkas di celah-celah kesibukan kehidupan sebagai siswi. Menyibukkan diri itu memang seronok sebab kita takde masa nak buat perkara sia-sia. Tapi kadang-kadang timbul rasa khuatir di hati, takut-takut kesibukan menyebabkan diri semakin jauh dengan Sang Pemilik Hati. Rasulullah S.A.W taklifatnya lebih besar, sentiasa dekat dengan Allah. Kita pemimpin biasa-biasa sudah mahu lupa Allah. Malu je! Allah.Allah.Allah. Semoga terus disuntik kekuatan.

Sekian,
Santapan rohani untuk kita-kita.
Sesungguhnya pena yang menulis ini lebih dekat dari yang membaca.
Wallahua'lam
Afiqah Qurratuainii
Islamic Financial Mathematics
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)

Wednesday, 14 November 2012

Saya Bahagia Dengan Pilihan Allah ^^

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

SRC 2012~Meet & Greet
8 Zulhijjah 1433
23.10.12

     'Malam ni ada SRC ke kak?', tanya saya kepada seorang senior yang sedang duduk bersandar berhampiran beg saya di surau. Dari tadi saya perhatikannya ke hulur ke hilir bersama poster. Jelas terpancar keletihan di wajahnya.

     'Aah.Datanglah ye.', balas 'sis' tersebut bersama sekuntum senyuman manis terukir di wajahnya. Niat di hati memang rasa nak pergi. Tapi..


     'Malam ni saya ada kelas sampai pukul 10.', balas saya. Tak banyak perkara yang kami bualkan.  Hanya sedikit taaruf. Santai dan ringkas. Tak boleh nak cakap lama-lama, subjek Mikro kesayangan saya sedang menanti. :)


     'Semoga terus diberikan kekuatan.' Saya akhiri perbualan kami dengan sedikit titipan kata-kata semangat. Semoga dapat menyuntik kekuatan buat ukhti yang sedang berjuang.



MEET & MAHABBAH


     Setelah hampir 2 jam berada di dewan kuliah, akhirnya berakhirlah kelas pada hari itu.Fuh. Kelas Hayya Nadrus Allughotul 'Arabiyah straight 2 jam di dewan kuliah yang sejuk tanpa ditemani sweater ditambahi pula pada waktu malam memang membuatkan diri hampir terduduk lesu. Siswi cilik yang biasanya banyak lontaran soalannya hampir tidak kedengaran suara di akhir waktu kelas. Minda dah tak mampu nak generate soalan. Allah.


      Saya mengambil nafas dahulu sebelum beredar. Memberi ruang kepada hati dan minda menghadamkan segala apa yang telah dipelajari tadi. Tangan laju mencapai Handphone melihat kalau-kalau ada pesanan ringkas atau missed call. Kebiasaannya akan ada missed call dari Abah. Abah memang suka 'menitipkan' missed call masa saya ada kelas arab :D


1 new message

Liana
9.02 p.m
'Salam. Awak. Saya ada kat DKP 3 sekarang sebab ada SRC Usim..hihi'

     Celik terus mata saya bila baca mesej tu. Badan yang terasa lesu tadi kembalis segar. Saya melihat jam di tangan. 9.45. Sempat lagi ni.


     'Afaaf, nak pergi SRC tak kat DKP? Budak pandan datang. Tapi dental 1st year je lah', tanya saya kepada seorang sahabat.


     'Sempat lagi ke?',tanya Afaaf.


     'InsyaAllah, sempat lagi. Biasanya program kat DKP habis pukul 10.30.'balas saya. Jawapan diberikan berdasarkan pengalaman bukan teori semata-mata. :D


     'Okay je.', balas Afaaf. Sahabat yang seorang ni memang rajin pergi program. Tak kisahlah dalam atau luar kampus. Semua dia join. Pelajarannya pun okay. Strategi pengurusan masa dipraktikkan di sini. MasyaAllah. Kena berguru ni ^^


    Tiba sahaja di DKP, saya terus call Liana. Liana meraikan kedatangan kami dengan wajah yang penuh ceria. Ya Allah, rindunya dengan wajah ceria itu. Liana, pelajar tahun 1 jurusan pergigian.  Sahabat saya dan Afaaf dari bangku sekolah. SUSAH nak tengok dia ni muram. Kalau dia muram, saya yang SUSAH hati. :)

   
     Liana bawa kami ke dalam dewan. Alhamdulillah, takdelah lambat sangat. Masa kami sampai, sebuah kumpulan nasyid sedang mempersembahkan lagu terakhir. Perasmian dan cabutan bertuah pun belum mula lagi dan yang PALING penting masih ada tempat duduk untuk kami. :) Siswa-siswi yang hadir tak ramai. Mungkin ramai ada kelas kot. Kami memilih kerusi yang agak belakang. Supaya kalau TERbising takdelah mengganggu majlis orang kan.

     'Okay tak duduk sini,?', tanya Liana. Alhamdulillah, tak nampak ke wajah saya penuh gembira ni. Duduk bumi Iqra' ni tak sampai 2 bulan dah TURUN 4 kg mestilah BAHAGIAkan? :D Lama tak mengusik sahabat yang seorang ini.




     Dari belakang saya memerhatikan sebaris siswi sedang duduk mendengar ucapan. Mereka lah teman-teman rapat ketika saya mula-mula melangkah ke alam universiti. Rasa macam dah lama tak bersua muka. Kali terakhir jumpa masa Majlis Penutupan Orientasi. Belum 2 bulan pun.


     Habis je program, masing-masing berjalan menuju ke pintu belakang dengan wajah lesu. Mana taknya. Setiap hari kelas penuh dari 8 pagi sampai 5 petang . 2 kali ganda jam kredit saya belum tentu dapat mengatasi jam kredit mereka. Ya Allah, semoga kami terus diberikan kekuatan. Saya melambaikan tangan ke arah mereka. Adalah seorang dua yang nampak.


'Afiqah!'


'Aini!'


Kedengaran suara teman-teman memanggil dari jauh.


      'Virus' merebak dengan begitu cepat. Semua sudah perasan kehadiran saya di situ. Kecoh sebentar. Wajah-wajah yang tadi lesu kini kembali ceria. Saya meluru ke arah mereka. Rasa ingin bersua muka, bertanya khabar dengan setiap orang daripada mereka. Tapi, apakah daya. Di waktu yang kritikal ini, tak semua saya dapat jumpa.  Kesempatan yang ada, saya ambil untuk 'meet & greet' mana yang saya sempat jumpa sampaikan saya tak perasan kami sudah block laluan keluar. Allah. Kelihatan beberapa pelajar menjengah-jengah melihat punca sekatan. Nasib baik takde budak medik sekali. Kalau tak lagi ramai saya nak 'meet & greet'! Fuh~ :D


     'Afiqah hot!',Afaaf mengusik. Alahai. Malunya. Siapalah saya tanpa mereka yang menghotkan keadaan dan siapalah kami tanpa Allah kerana Allah kami bertemu. Kan? Ya Allah, rindunya. Waktu itu perasaan saya bercampur baur. Terharu, sedih, gembira semua ada. Saya gembira sebab saya dapat bertemu dengan mereka. Saya sedih sebab saya tak dapat berjuang bersama-sama lagi dengan mereka dan saya terharu sebab saya tak sangka saya diraiikan sebegitu rupa.Meriah.

     'Macamana Dental ok tak? Susah tak?',  lontaran soalan 'nakal' dari saya. Hakikathya, mana ada istilah senang-lenang dalam menuntut Ilmu. Selamat berjuang sahabat. Medan Ilmu Medan Kita.


    Malam itu saya pulang bersama Afaaf dengan Car Key.  Tak sangka, kami sampai awal lagi dari bas. :)  Walaupun kami berjalan jauh merentasi bukit mengharungi kegelapan malam, wajah sentiasa tersenyum ceria. Benarlah. Apa yang ada di hati akan tergambar melalui raut wajah. Badan yang letih pun tak terasa penat. Bawa pengaruh betul hati ni! :)



BAHAGIAKAN HATIMU DENGAN PILIHAN ALLAH

   


     'Awak redha tak?', termenung seketika saya mendengar soalan Liana. Cabutan bertuah sedang berlangsung.  Background music HambaMu menambahkan sayu di hati.  Hanya Allah yang tahu hati saya. Allah. Siapalah saya untuk tidak redha dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk saya. Siapalah saya untuk tidak suka dengan apa yang Allah nak bagi dekat saya dan yang paling penting SIAPALAH SAYA KALAU TIADA ALLAH DI SISI.   Astaghfirullah.


Biarlah saya jauh dengan rakan-rakan
Asalkan saya dekat dengan Allah

Biarlah saya tak dapat pilihan saya
Asalkan saya dapat pilihan terbaik dari Allah

Biarlah saya tak dapat apa yang saya nak
Asalkan redha Allah sentiasa mengiringi saya

Biarlah saya tak dapat apa yang saya kasih
Biarlah saya tak dapat apa yang saya sayang
Asalkan kasih dan sayang Allah sentiasa bersama saya
   
   


BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu.
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu.
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu.
Bukan SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu.

Bukan SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam keadaan sebegitu.
MELAINKAN ALLAH tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu.
MELAINKAN ALLAH tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu.
MELAINKAN ALLAH akan temukan andan dengan insan-insan yang ikhlas membantu.
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu.
MELAINKAN ALLAH mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu,
Masihkah lagi tidak bersyukur? Astaghfirullah.
~CopyPaste~


Subhanallah. 

Lepas satu-satu Allah singkapkan hikmah di sebalik kejadian. Saya dipertemukan dengan insan-insan hebat yang ikhlas membantu. Hari-hari yang dilalui juga terasa lebih indah dengan anugerah kekuatan dan Kasih Sayang dari Sang Pemilik Hati.  Biarlah yang berlalu terus berlalu, yang masih ada ini menjadi harapan. Gunakan masa yang ada ini sebaiknya dengan bekal iman dan takwa kepada Allah. 

Mana mungkin saya tak bahagia dengan pilihan Allah sedangkan Allah membuatkan setiap detik hidup saya terasa bahagia dan bermakna. Carilah hikmah disebalik kejadian. Kemudian, barulah kita tahu, kenal dan erti betapa HEBATNYA CINTA ALLAH pada hambanya yag mendambakan RedhaNYA. SIAPALAH KITA TANPA ALLAH~
~Fila Sufia~

p/s:  Saya Bahagia dengan pilihan Allah!^^ Anda bagaimana? Salam Maal Hijrah.

Wallahua'lam
Cik Afiqah Msy
Islamic Financial Mathematics
Faculty of Quranic Scientist
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)

Thursday, 1 November 2012

Berakhirnya Sebuah Penantian

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..



Panggilan ini yang saya tunggu.

     Petang tu dalam perjalanan nak pergi koko, dapat satu panggilan dari Fakulti. Ada surat untuk saya katanya. Hati mula berteka-teki. Surat apa? Surat Jawapan ke? Good news or bad news? Ya Allah. Hanya Dia tahu debaran di hati pada waktu itu. Mesej Along. Along kata nak teman ambil sekali. Along memang soleh. 'Pelawaan' along saya tolak. Takpelah. Biarlah saya hadapinya seorang diri. 

     Keesokannya, lepas habis kelas saya terus ke pejabat fakulti bersama seorang sahabat. Sampai di fakulti, staf yang bertugas keluar rehat. Lihat jam, lepas ni ada kuliyyah. Jadi, kami terus ke Dewan Kuliyyah. Berakhirnya kuliyyah, saya mengambil keputusan untuk ke pejabat fakulti seorang diri. Waktu-waktu genting seperti ini, pergi sendirian lebih baik bagi saya. Dalam perjalanan, hati berteka-teki. Kalau 'good news' kenapa panggilan daripada fakulti? Kenapa bukan dari canselori?

     Sebelum ke pejabat fakulti, saya menuju ke surau dulu. Memohon pada Allah semoga diberi kekuatan walau apapun berita yang bakal saya terima. Walauapapun berita yang saya terima, SUJUD SYUKUR itu MESTI. Itu janji saya. Seusai menunaikan solat sunat, saya terus menuju ke pejabat fakulti. Ucapan terima kasih saya hadiahkan buat pengirim surat dan inilah yang Allah dah tetapkan..



"Dukacita dimaklumkan permohonan anda untuk melakukan pertukaran kos DITOLAK kerana tiada kekosongan dan ---sekian.sekian.sekian......"

Allah.
Allah.
Allah.

     Seperti yang dijanjikan. Sujud Syukur itu MESTI. 
  
      "Afiqah, Bersyukurlah Allah tidak membiarkan kamu menguruskan hidup kamu sesuka hati kamu. Bersyukurlah, Allah kisah kat kamu. Bersyukurlah, sesuatu yang lebih manis sedang menunggumu.InsyaAllah.Bersabarlah duhai hati"


“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci” Surah Ad-Dhuha ayat 3.

"Ya Allah, terasa berjujuran air mata saatku sujud kepadaMu."

     Menangis bukan tanda lemah. Biarkan tangisan hari ini mengubah hidup kita puluhan tahun akan datang ke arah yang lebih baik. Biarlah ia terus mengalir.

Allah.

Ya, inilah panggilan yang saya tunggu setelah 3 bulan menanti. 
Ya, inilah pilihan dari Allah setelah 3 tahun istikharah.
Ya, inilah jawapan yang menjawab teka-teki yang bermain di fikiran sejak dari tingkatan 3.
Ya, inilah yang TERBAIK dari Allah.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

~Ku serahkan takdir di tanganYA mengukir perjalanan~




Astaghfirullah.
Manusia.
Bila Allah tarik SATU nikmat.
Bila Allah datangkan SEDIKIT kesusahan.
Lupa BILLION-BILLION nikmat yang Allah pernah beri.
Dan bersyukurlah
Sekarang kau masih mengecapi nikmat yang paling berharga
Nikmat ISLAM dan IMAN.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.

    Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” 
Surah An-Naml ayat 62.

TERUSKAN BERDOA!

NotaKaki: Maaf Along. Terima Kasih sabar melayan beribu-ribu persoalan dari mereka. Nah, sekarang semua sudah terjawab. Terima kasih Umi, Abah, Sis, Kecik. Terima kasih sahabat. Terima Kasih sentiasa di sisi. Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Lepas ni mesti rindu rutin turun naik canselori dan HEP :)


Majlis Penutupan Minggu Taaruf 2012


Wallahua'lam 
Cik Afiqah Qurratuainii 
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya 
Moga Allah Redha :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...