Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Saturday, 29 June 2013

Bicara Hati ~ Perjalanan Tahun 1

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

 اللهم صلى وسلم على محمد

Meskipun sudah bergelar siswi Universiti ketika berada di Tamhidi lagi,
jelas terasa perbezaannya kehidupan sebagai pelajar tamhidi (asasi) dan pelajar degree.

Jam kredit Tamhidi sampai 22 jam, degree setakat ni cuma 17 jam(sem 1) dan 15 jam(sem2)
Takde lab macam masa tamhidi.
Final pun 4 paper je (bagi yang tak ambil subjek tambahan)
U see??
Jadual  kami di Kampus Nilai tak padat mana pun..

Tapi..bagi saya

Kesibukannya agak terasa berbanding ketika saya di Tamhidi.

Mana taknya..

Tamhidi takde kelas malam,
Degree mula ada kelas malam.
Tamhidi pergi program ja,
Degree mula belajar handle program.
Tamhidi takde turun pergi meeting.
Degree sebelum exam, masa exam, lepas exam ada meeting.
Tamhidi saya baru nak kenal 'cakna' ummah,
Degree saya belajar 'cakna' ummah. :')

Junior saya tanya, "kak, macam mana kehidupan pelajar degree?"

Saya taklah terlalu arif hendak berbicara mengenai kehidupan pelajar degree sebab baru setahun jagung. Tapi, pendapat saya cuma boleh dua kemungkinan je.

Pertama, kalau kamu banyak join program, ikut persatuan. Kamu akan rasa kesibukannya. InshaaAllah, masa ni tak sempat nak buat benda-benda lagho sebab Allah dah sibukkan kita dengan benda lain. Tapi, kena bijak dalam  mengurus masa. :)

Kedua, kalau hanya hidup dengan buku dan kuliah, tak cakna masyarakat langsung. Memang kita akan terasa banyak masa kosong. Mula muncul istilah 'boring' dalam kamus hidup. Akhirnya, bila tak belajar isi masa dengan perkara bermanfaat untuk ummah, balik bilik tidur! Asrama pun dekat.

Air yang bertakung tidak mengalir akan di rosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan di bunuh oleh masa lapangnya itu.

(Pepatah Arab)

Banyak saya belajar sepanjang Tahun 1 ini.
Bila terkenang balik masa mula-mula masuk tahun 1, nak menangis pun ada.
Terharu. Bersyukur.
Sebab baiknya Allah letakkan saya di sini.
Walaupun bukan itu yang saya pinta, tapi saya yakin
Allah sedang menyediakan jalan yang terbaik untuk saya.

Dalam saya sibuk merancang, saya tahu 
Allah juga merancang
dan Dialah sebaik-baik perancang.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” 
(Al-Baqarah: 216)

Allah tak pernah mengecewakan :')

Musim Exam dapat mesej dari sahabat-sahabat :

"Mengapa kita ditemukan dan akhirnya kita dipisahkan? Mungkinkah Allah mahu menguji kejujuran dan keimanan kita dalam hubungan persahabatan ini? "

"Tak tau kenapa nak jumpa sangat.. Rindu nak diskusi ilmiah bersamamu lagi"

"Menjadi solehah itu perlukan ilmu. Sebarkan ilmu. Jumpa di syurga firdausi. Cita-citaku.InshaaAllah"

Buat sahabat-sahabatku yang dirindui,
Alhamdulillah, yang menulis ni baik-baik saja di sini
biarpun kita jauh di mata, InshaaAllah kita dekat di hati.
Terima kasih kerana sering menghantar surat-surat cinta buat peringatan bersama.
Mohon doa ya. Saya mahu berjaya bersama-sama kalian.
Mahu berpimpin tangan ke syurga Allah.
Semoga kita dapat berkumpul di telaga kauthar
di saat baginda Rasulullah Sollallahu 'Alaiha wasallam memberikan syafaatnya. 

"Bayu sampaikan berita, daku kini ceria aman dan bahagia"




Ustaz tanya, bahagia tu macam mana?

Kata saya bahagia itu bilamana kita jauh dari murka Allah dan kita dekat dengan Redha Allah 
meskipun banyak rintangan dan dugaan yang perlu dihadapi demi meraih Cinta Sang Pencipta, 
itulah kebahagiaan yang sebenar.

Jadi, bahagia tak?

Tepuk dada, tanya Iman 

:")

Banyakkan Muhasabah

# Adakah kehidupan kita ini sekadar bila kita gembira kita ketawa, bila kita susah kita menangis?

#Adakah kita berjaya menemui didikan dan hikmah pada setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita?

# Semoga Allah masih kurniakan Taufiq dan Hidayah untuk terus memperjuangkan agama Allah selagi mana jantung mampu berfungsi.

# Alang-alang dah mulakan dengan tangisan, mahu akhiri dengan tangisan juga.
   Tangisan sujud syukur kemenangan! Semoga Allah permudahkan. Ameen..

# Kejap je kan setahun?


Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)

Asam Garam Tahun 1


::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

 اللهم صلى وسلم على محمد


5.00 p.m
Rabu, 26 Jun 2013
Bahasa Mandarin I
Stadium Tertutup Nilai.

*Calon-calon diminta berhenti menjawab kerana waktu menjawab telah tamat*

Toleh belakang, kosong! Adalah tinggal 2,3 orang sebaris.
Kawan-kawan seangkatang keluar awal :)

Alhamdulillah.
Dengan berakhirnya kertas mandarin 1, maka secara 'tak rasminya' berakhirlah perjalanan hidup saya sebagai pelajar tahun 1. (walaupun sebenarnya lepas exam masih ada program yang perlu dilaksanakan)


Imbas Kembali

Alhamdulillah, banyak belajar masa tahun 1. Antaranya, kongsi sebahagian jelah ye :)

Orientasi

Sebelum masuk first year. Dah kena berkomunikasi dengan dekan. 
Pergi orientasi. Turun naik canselori. Buat surat tu, Buat surat ni.
Terasa nak berprogram, ikut senior jadi fasi untuk program admath kat sekolah.
Mula kerap demam. Dalam tempoh 7 bulan, adalah 5 kali saya demam.
Dr. kata mungkin saya stress. Walaupun saya rasa saya tak stress pun.

Lepas tu, ada pertandingan debat peringkat kolej kediaman.
Saya dok gatal tangan isi nama dalam english debate.
Selesai peringkat kolej kediaman,
ntah macam mana boleh terambil bahagian mewakili fakulti.
Panjang ceritanya. Rasanya pernah dicoretkan dalam blog ini.
(Masih ada lagi kalau belum delete post tu)

Dan FST menang debat keseluruhan bersama FSU
Ketika ini jugalah saya ditaklifkan sebagai Setiausaha II Kuliah Batch-7
Rasa macam nak tolak. Dari dulu memang mengelak amanah yang ini.
Takut tak mampu.
Akak kata, fikir jangka jangka masa panjang.
Dengan kekuatan yang Allah bagi, saya terima.
Allahuakbar.

Lepas tu, kena panggil pergi kem. Alhamdulillah.
Kem yang banyak mendidik hati. Rasa macam kena tembak.
Sebenarnya. Inilah yang saya cari... :'|
"Hidup tu cubalah cakna orang lain! Jangan duk sibuk belai diri sendiri. Nanti nak jawab apa bila Allah tanya." :'(

Srikandi kena kuat. Top-up thaqofah!

Pejam celik pejam celik.
Dah final. Ada kursus bahasa. 
Alhamdulillah. kelas kami Johan kalam jamai'e

Kursus Bahasa Arab

Masa kursus bahasa
Senior buka kelas protokol, gatal tangan lagi isi nama.
Alhamdulillah, Allah izinkan saya ambil bahagian.
Thanks seniour!

Di sini saya mula belajar berprogram. 

Alhamdulillah berjaya mengharungi sem 1.
Keluar result final. Masuk sem 2.

Tengok along jadi urusetia Majlis Hari Anugerah Dekan.
Orang kuat fakulti tu :D
Masa anugerah dekan, dapat ole-ole.
Dia best student, dia bagi saya hadiah. Terima Kasih :')
Walaupun kita berjauhan, hati kita dekat. InshaaAllah
Sebab Allah yang menghubungkan hati kita.

Hadiah dari Cik Doktor nun jauh di ibu kota :D

Selepas daripada program kursus protokol (masa sem 1),
Kami (peserta) dikehendaki memnjalankan satu program.
Program bawah MT Jaksa.
Nama program ni "Program Siri Kenali Musuh Islam"
Ada 2 Siri.
Siri 1-saya dipilih sebagai biro multimedia dan publisiti.
Allah.
Nak elak biro ni sebenarnya sebab dari sekolah bawah unit ni.
Bak kata akak saya, 'cubalah kembangkan sikit pengalaman tu'. heh.
Dan akhirnya, Siri 2- Unit perhubungan dan protokol.
Belajar berurusan dengan manusia.Selama ini dengan komputer ja.


*Belajar Berorganisasi*


Video yang terhasil (siri 1)

Siri 2


Ku sangka berakhir di sem 1, rupanya ada sambungannya di sem 2.
Sebelum mid-sem break. Senior panggil, katanya kami diminta mewakili Usim.
Ya Allah. Rasa macam tak mampu je. Rasa macam nak tarik diri.
Berbekalkan kekuatan yang Allah bagi, kata-kata semangat dari kawan-kawan dan senior
Saya ambil bahagian juga. Walaupun rasa benda tu berat, saya join juga.
Sebab saya dah musyawarah, saya dah istikharah, saya dah tanya Allah.
InshaaAllah, semuanya okay!

Lepas habis mid-sem break, start training.
Setiap malam ada training dan masa tulah ada banyak midsem test. :)
Allah sajalah yang tahu apa yang saya rasa masa ni.
Penghalaman ambil bahagian dalam debat, banyak mendidik saya
supaya sabar, ikhlas dan istiqomah dalam mencari redha Allah 
Semoga Allah redha. :')

Mereka memang hebat. Saya perlu belajar lagi :)
\
Saya jadi trainee adjudicator ja.  Sampai  demam - demam. ^^

Alhamdulillah.Semua okay!

Kemudian, Team TYDP MPP collabrate dengan Sekrefast untuk mengadakan Program Bicara Siswi.
Saya dan beberapa orang sahabat membantu senior-senior sekrefast. 
Mereka jadi usher. Saya jadi MC. First time, MC in English :D

Suamiku, Anakmu oleh Ustazah Asmak Husin (TV9)

Petangnya, bersama-sama kawan-kawan sekuliah.
Rehearsel untuk Program Talk. Bicara Abrar : Dean List 'subset' Deen List. Adakah seiring?
Program yang ni agak mencabar bagi saya.
Sebab melibatkan peserta yang agak ramai. Lebih 700 orang.
Alhamdulillah. Program berjalan lancar. Allah permudahkan.

Tetamu : Ustaz Don & isterinya + Daie Azam Al-Kankari. (senior sekolah)

Sebelum berpindah dari KK1, bersama-sama Jaksa dan rakan-rakan lain handle dinner. 
Program ni dekat-dekat nak habis sem.
Masa tulah banyak kena hantar assignment.
Sebab tu assigment jangan tangguh-tangguh. (erk, peringatan untuk diri sendiri)
Masa nilah rapat dengan kakak-kakak jaksa.  (dah nak habis sem pun)
Buat Jaksa (exco asrama), terima kasih jaga kebajikan kami.
May Allah bless :)

Malam Perdana Siswa/i (Dinner KK1)

Kemudian, ada pilihan raya kuliah (yang ni cerita kat post lain.InshaaAllah) ^^
Pencalonan~Manifesto~Mengundi~Kira Undi
Semua dalam satu hari. Maaf, tak jumpa gambar simpan kat mana :)

Hatiku rindu pada Madinah
Hatiku terpesona atas sebaik-baik manusia :')

Dan program terakhir for this semester.
Jumaat(minggu terakhir final exam)
Majlis Penghargaan SekreFaST 2012/2013 & Watikah Perlantikan SekreFaST 2013/2014
Program berlangsung di Canselori.
Pengalaman lagi Allah bagi. Alhamdulillah.

Barisan Mantan SekreFaST 2012/2013

Barisan SekreFasT 2013/2014

Mesyuarat MT mantan SekreFaST & SekreFaST baru

 #Setelah sekian lama tidak turun naik canselori akhirnyya kembali ke canselori untuk berprogram.
Best sangat ke canselori tu? Mungkin biasa je bagi orang lain. Tapi bagi saya, ada kenangan di sana.  :')

#Esok nak pindah kolej dah. Kemudian ada Kursus Bahasa lagi.

#Kawan-kawan...Sedar tak? kita dah nak mendaftar ke Universiti Ramadhan? Jom, persiapkan diri :)

Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Financial Mathematics
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha Tinta Yang Ini :)

7 Cara Bersahabat Kerana Allah

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ..::

 اللهم صلى وسلم على محمد

Alhamdulillah, kemudian..
Alhamdulillah, kemudian..
Alhamdulillah.*Senyum*

     Alhamdulillah sebelum berakhirnya sem 2,Allah izinkan saya mengikuti program tazkirah kawan-kawan Actuary. Kebetulan masa tu, giliran 2 sahabat saya berkongsi peringatan. Banyak perkongsian yang mereka berikan, antaranya :

7 cara bersahabat kerana Allah
1. Katakan pada 'si dia' anda menyayanginya.
2. Ketika mana kita berpisah dengan 'sia dia' (cth:balik hostel), doakanlah kebaikannya dan rahsiakanlah doa itu. Biarlah Allah dengan kita ja tahu. :)
3. Manis-maniskan muka masa berjumpa 'si dia'. *senyum*
4. Segera memberi salam ketika berjumpa. (rindu saat berebut mahu memberi salam#Serius#Mahu contohi kekasih Allah) :')
5. Rajin ziarah-menziarahi. (Part ni saya suka. Bila tak dapat selesaikan soalan calculus, mulalah kaki mengorak langkah. Elakkan stress!) ^^
6. Memberi hadiah kepada 'si dia'.
7. Memberi bantuan ketika susah. Hulurkan tangan Ringankan beban.

#Lepas ni kita praktis ya! InshaaAllah! ^^

'Awak, jangan nangis ya.. Allah kan ada' :')
(Credit)

Credit



Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)

Monday, 17 June 2013

Rindu


::.. بسم الله الرحمن الرحيم ..::

  اللهم صلى وسلم على محمد

Ehem2. 
Final Exam tak habis lagi. 
Kawan-kawan sekuliah ada lagi satu paper, saya ada lagi 2 paper.
Semangat sangat nak ambil subjek tambahan. :)

Final exam kali ni tak sama macam final exam dulu-dulu.
Mana taknya, study week kali ini pun tak macam study week dulu-dulu.

Study week kali ini bukan sekadar menghadap buku tebal Ekonomi
Study week kali ini bukan sekadar membuat contengan Kalkulus
Study week kali ini diserikan Tarbiyah dari Allah.
Study week kali ini..
Study Week 'subset' Tarbiyah Week :)

Kalau Study week dulu-dulu, bawa buku baca dekat surau kolej kediaman.
Study week kali ini, Allah bagi 'special' sikit.
Study week kali ini dikelilingi saudara-saudara seIslam pelbagai bangsa
Study week kali ini di......
Masjidin Nabawi dan Masjidil Haram.
Baikkan Allah.  :')

Dek penangan study week  di Tanah Suci,
Final Exam saya rasa serba tak kena.
Rasa macam ada sesuatu dah melekat di sana.
Bila dengar Azan,
Tiba-tiba rasa ada satu perasaan indah menyelubungi hati,
Tup.Tup.Laju je air mata mengalir.
Allah. Rindu Sangat. :')

Kadang-kadang bila buat revision, hilang fokus.
Ingatkan diri. Muhasabah.
Cinta itu sepatutnya menguatkan bukan melemahkan.
Apatah lagi cinta pada Allah dan Rasulullah S.A.W.
Sepatutnya lebih hebat, lebih Super Power! :)

Rindu pada yang ini, membuatkan saya berazam untuk datang lagi 

Mereka tanya : Seronok ke pergi Mekah?
Jawab saya : Mestilah seronok. Seronok sangat. Alhamdulillah!

Seronok, dapat hadiah Tarbiyah dari Allah.
Walaupun kadang-kadang rasa tak kuat nak pergi masjid
Umi pesan : "kita datang sini bukan selalu."
Terus teringat azam saya sebelum sampai sana
Azam saya, saya mahu 'balas dendam'. Saya mahu buat ibadah sebaik mungkin
Saya mahu ziarah kali ini, lebih baik dari ziarah 2 tahun lalu.

Umi kata : "mungkin, ada doa daripada kita berenam Allah perkenankan, Allah bawa kita sampai ke sini lagi"

Saya teringat,
Dahulu, saya minta, Allah bawa saya ke sana lagi, supaya saya boleh 'balas dendam'.
'Balas dendam' mahu beribadah dengan lebih bersungguh-sungguh.
'Balas dendam' mahu beribadah dengan lebih 'matang'.
'Balas dendam mahu buat yang terbaik.

Lantas, Tewaskan rasa malas, Kuatkan semangat,
Berjalan separuh kilometer ke masjid dengan ada construction + suhu mencecah 45'c
Allah..
Memang menguji Iman.
Sampai masjid, bacaan Imam menyayat hati saya.
Muhasabah.
Imam nak cari Redha Allah
Hayati surah sampai nangis-nangis.
Macam mana saya boleh lemah sangat nak usaha cari Redha Allah  T_T

Akak saya 'persoalkan' : kenapa foreigner suka cakap dengan Afiqah Msy??
Masa nilah nak praktis kecek arab + speaking ^_^
 Dalam ramai-ramai kawan baru saya, yang ini paling saya rindu.
Main nyorok-nyorok botol air.

Adik saya kata , kucing arab bekeng. Takut dengan kucing arab.
Tapi, masih baik hati bagi minum air. :D
Tengok kucing bertambah rindu :')

Terima Kasih Cik Puan Afifah Msy, jadi traffic light di Taman Raudhah
cover line masa saya solat. :)
Umi Abah kata, lepas ni boleh sponsor Umi Abah pergi umrah.
InshaaAllah! :)
Bila terasa rindu : Allahumma solli wasallim 'ala Muhammad

Serious.
Banyak mahu dicoretkan.
Banyak mahu dikongsikan.
Kalau boleh, nak bawa ramai-ramai ziarah Rumah Allah yang Teramat Istimewa itu.
Biar merasai sendiri, nikmat Allah yang ini
Kalau mereka kata hanya orang-orang kaya-raya sahaja boleh sampai ke sana.
Percayalah. Itu tidak benar. 
Di saat ramai hartawan belum menjejakkan kaki ke sana
sudah ada saudara seIslam kita yang seumur hidupnya tak pernah tengok escalator
telah berjaya menjejakkan kaki ke sana. :)

Pasang niat. Usaha. Banyakkan berdoa.
Semoga Allah masih kurniakan kita nikmat Iman, nikmat Islam
dan Keizinan untuk menjadi Tetamu Allah.

'Jalan nak ke syurga tak ditaburi bunga, jalannya penuh onak duri'
Srikandi Islam Kena Kuat!
~ Jabal Rahmah ~

Mereka tanya saya apa yang saya doa,

Saat kaki melangkah ke Taman Raudhah,
Saat kepala mencecah permaidani hijau,
Saya minta pada Allah,

 Ya Allah, janganlah engkau buang perasaan cinta dan rindu dari hati ini.
:')

Wallahua'lam,
Aini Afiqah Msy
Financial Mathematics
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Semoga Allah redha dengan tinta ini, :)

Tuesday, 23 April 2013

Ini Kalilah!


 بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى وسلم على محمد

"Ada pelajar, masa mula-mula masuk universiti, dia semangat. Motivasi tinggi. Bila dah dihambat dengan kesibukan sebagai seorang pelajar. Semangat dia pudar. Down. Rasa macam hilang sesuatu. Kenapa? Muhasabah balik. Dahulu, kita ada banyak masa dengan Allah. Kita ada waktu nak call ibu ayah. Bila kita sibuk, kita lupa nak call ibu ayah. Macam mana kita boleh jauh dengan Allah sedangkan Allah yang memberi kita suntikan kekuatan. Macam mana kita boleh lupakan ibu ayah kita sedangkan merekalah yang menjadi sumber motivasi kita. "

Semalam telefon abah dan ummi. 
Suka sangat telefon Umi Abah.
Sebab merekalah antara sumber motivasi saya.
Kalau boleh setiap hari nak telefon. 
Dapat dengar suara kejap pun, jadilah.
Kadang-kadang tu sampai dah tak tahu nak cakap apa.
Ayat sama je.
"Umi  kat mana tu?"
"Abah pergi surau ke?"
"Oyeng(kucing) buat apa?"
Rasanya umi dengan abah dan hafal pun ayat ni .
Kadang-kadang tu kalau saya rasa penat sangat, semua orang saya telefon.
Umi, Abah, Along, akak, adik. Walaupun mereka duduk satu rumah.

Tapi, semalam..
Anak Ummi Abah yang seorang ni ada jugalah points nak cakap.
'Abah, ikah ada mentor mentee lepas ni.'
'Umi, minggu ni ikah ada test calculus
'Minggu ni ada banyak benda sangat.'
'Satu hari ada 2,3 test.'
'Setiap malam ada training.'
'Takutlah, semua orang hebat-hebat.'
'bla..bla..bla..'
#Sesi luahan perasaan#
Perempuan ni, bila dia buat sesi 'sharing moment', tak bermakna dia inginkan solusi.
Bagi dia, cukuplah ada tempat untuk dia bercerita.
Tu pun dah boleh kurangkan bebanan yang dia ada.
Dan bercerita kat Allah, itulah yang terbaik. :)

Kata senior, minggu-minggu penggal ke-2 sem ni adalah minggu-minggu kritikal.
Apatah lagi bila dekat nak final exam.
Dan saya mula merasai 'kritikal' itu.
Assigment itu, program ini.
Kadang-kadang, rasa macam tak cukup waktu.
(Tapi masih tak boleh lawan kesibukan adik saya yang nak ambil PMR. Batch terakhir katanya. Bittaufiq wannajah Aini Nadhirah Msy. Belajarlah untuk agama Allah. Kalau matlamat kita Allah, inshaaAllah kita takkan mengeluh sebab kebaikan semua Allah yang beri) ^^

Muhasabah balik.
Rasulullah S.A.W punya tanggungjawab dan amanah lagi besar.
Utusan Allah S.A.W, bukan sekadar pemimpin sebuah negara, bahkan pemimpin dunia.
Masih ada masa untuk Allah.
Kita manusia biasa-biasa ni, apalah sangat.
Manusia biasa-biasa nak jadi luar biasa, memang perlukan pengorbanan.

Pesan Abah : InshaaAllah, ikah boleh buat dengan cemerlang. Banyakkan berdoa. :')

Bila mana kita tak putus asa, kita masih ada harapan.

Credit goes to Oyeng


'Kalau kita tak sibukkan diri dengan agama Allah, Allah akan sibukkan kita dengan benda lain. Berdoalah semoga kesibukan kita ini, kerana agama Allah' :')

'You just need to break the ice. Take your time.'

#InshaaAllah, malam ni ada training. Mohon doa. Ummat kebanggaan Rasulullah S.A.W kena kuat. Allahuakbar! Ini Kalilah!  اللهم صلى وسلم على محمد

Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Fakulti Tepi Highway
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)

Saturday, 9 March 2013

Masih ada sinar

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

 اللهم صلى وسلم على محمد

        Pagi tu keluar jogging di Kompleks Sukan, Pavillion. Saya bukanlah tergolong dalam individu yang istiqomah ke Pavillion. Cuma kalau tiada program pada hujung minggu, selagi upaya saya akan usaha untuk keluar jogging bersama kawan-kawan. Jogging di pagi hari bukan sekadar untuk melancarkan pengaliran darah, tapi juga menjadi alasan untuk saya supaya tidak tidur lepas subuh.

     Langkah kaki diatur kemas. Baru selesai pusingan pertama. Nafas ditarik dalam-dalam kemudian dihembus perlahan-lahan. Hati bertahmid memuji kebesaran Allah. Belajar melatih hati untuk ingat Allah di setiap detik waktu. Kemudian, pandangan mata dialihkan ke langit. Mencari-cari Sang Matahari. 


    
Alhamdulillah, masih ada sinar.

Tersenyum. :)

'Tak sangka, masih berada di sini', bisik saya dalam hati. 

Alhamdulillah, Allah masih beri oxygen untuk terus bernafas.
Alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan untuk terus melangkah
Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk terus menuntut ilmu di Bumi Iqra'

______________________________________________

    Minggu lepas, Alhamdulillah saya dapat hadiri sebuah majlis ilmu di Usim dan tetamu jemputannya ialah Dr. Mohd Asri aka Dr. Maza. Secara jujurnya, agak teruja. Tak sangka dapat jumpa Dr. Asri walaupun hanya dari jarak jauh. Tak kisahlah, yang penting dapat kutip mutiara-mutiara ilmu.

First time saya tengok ramai macam ni :)

Tu dia, sampai atas pentas :)

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? (Al-Ankabut:2).

     Teringat satu masa dahulu di saat ujian Allah datang menguji. Setiap hari, pasti akan ada butiran air mata yang jatuh. Bahkan, saban hari esakan bertambah kuat. Pada waktu itu, saya rasa saya sudah hilang segala-segalanya. Terlupa seketika beribu-ribu nikmat yang masih ada.

      Pernah sekali, tertangkap oleh Abang Long. Cepat-cepat diseka air mata yang masih mengalir di pipi. Abang Long datang memujuk. Solusi-solusi dibentangkan.Pujukan Abang Long, sudah tentu tidak sama dengan Kakak yang lebih banyak melontarkan kata-kata semangat berbanding solusi. Masing-masing berusaha mengembalikan semangat. Umi dan Abah turut memberikan beberapa solusi dan kata-kata semangat. Adik yang kecil hanya melihat tanpa sebarang respons, masih belum dapat mengerti sepenuhnya. Mungkin.

 

     Baiknya Allah. Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan keluar. Allah temukan saya dengan video Dr. Mohd Asri.  Setiap kali video dimainkan, air mata laju mengalir.  Terasa lemahnya diri ini. Terasa betapa tidak bersyukurnya diri ini. Istighfar. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah.

Bila kita menangis, itu tandanya kita sedar yang kita lemah.
Bila kita sedar kita lemah, kita akan sedar yang kita ini hanya seorang HAMBA.
Hakikat seorang hamba, mengharapkan pertolongan daripada yang lebih berkuasa.
Sebab itu Allah datangkan masalah dan kesusahan sebagai ujian.
Ujian, bukan sekadar menguatkan dalaman kita
Tetapi, ujian juga mengajar kita erti.
Aku hanyalah seorang Hamba & Allah Tuhan Yang Maha Kuasa.

Kembalikan Senyumanmu

     Alhamdulillah, keputusan sem 1 pun dah keluar.Honestly to say, I'm not strong enough to check my result. Khuatir. Luka lama berdarah kembali. Sebelum tengok result, tak putus-putus panjatkan doa. Semoga saya terima pemberian Allah dengan hati terbuka. Saya tak minta Allah bagi result yang saya nak sebab apa yang saya nak belum tentu baik untuk saya.Belum tentu. Saya cuma minta yang terbaik dari Allah. Dan yang terbaik itu tidak semestinya yang paling tinggi. 

Biarlah tak flying colours pada pandangan manusia.
Asalkan flying colours pada pandangan Allah.

Ya Allah, seandainya kejayaan itu mampu mendekatkan kami denganMu
Kurniakanlah Kami kejayaan itu.
Seandainya kegagalan yang kami miliki.
Gantikanlah kegagalan itu dengan kejayaan yang lebih baik.

Alhamdulillah. Masa tengok result hati tenang.
Walaupun belum capai target, result meningkat berbanding di tamhidi.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah^^
  Setakat ni boleh tunjuk yang koko je =)

     Pesan umi kalau kita tahu kita lemah dalam sesuatu, kita kena usaha lebih. Lain orang, lain kelebihan yang Allah bagi. Yang penting usaha dulu! :) Ingin sekali membuatkan umi dan abah tersenyum bahagia. Bukan sekadar di dunia, tapi jua di akhirat kelak. Inshaa Allah.

I'm erasing all the Unwanted Drama out of my life
because at the end of the day
all I'm trying to be is Happy :)
______________________________________________

       Baru-baru ini terima kunjungan seorang kawan, Cik Za. Kami satu kelas dari Tingkatan 3 sehingga ke Tingkatan 5. Banyak cerita yang dikongsikan. Bila dah duduk dengan schoolmate, antara perkara yang akan 'diungkit' mestilah kenangan ketika bergelar pelajar sekolah. Rindu saat study group bersama. Sekarang, masing-masing dah bertebaran jauh. Menggalas tanggungjawab sebagai penuntut ilmu. Dia yang masih berjuang di foundation, sesekali meluahkan kekesalan di hati kerana memilih course yang itu.

'Ok tak course yang Afiqah ambil? Best tak?', tanya Cik Za.

'Ok. Alhamdulillah best sangat. Nampak tak wajah bahagia ni?', balas saya dengan semangatnya sambil tersenyum ceria. Moga Allah berikanmu kekuatan sepertimana Allah memberikan Aku kekuatan. :)

'Ya Allah, aku serahkan urusan hidupku kepadaMu'

Biarlah kita tak dapat apa yang kita kasih
Biarlah kita tak dapat apa yang kita sayang
Asalkan kasih dan sayang Allah bersama kita.

#Ramai teman-teman seangkatan Dean's List. Alangkah indahnya Dean's List seiring Deen's List. Sem 2 subjek semakin mencabar.Doakan saya terus cemerlang tanpa mengabaikan masalah ummah
#Saya mendapat khabar gembira tentang sahabat saya yang jauh di nun sana. Terima kasih menjadi sumber inspirasi. Alhamdulillah. Tahniah. Nak tunggu awak bagitahu sendiri. Memang taklah kan. Dah masak perangai. :D

Yakin pada Allah bukan mengharap terkabulnya segala doa.
Tapi, yakin pada Allah ialah meletakkan keredhaan pada setiap ketentuaNnya
~Terima Kasih atas Peringatan yang ini~

Alhamdulillah, masih ada sinar. =)
Keep Learning.Keep Smiling.
Moga Allah Redha tulisan yang ini
^_^
اللهم صلى وسلم على محمد

Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Islamic Financial Mathematics
Faculty of Quranic Scientist
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya 

Thursday, 14 February 2013

Tiramisu

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

 اللهم صلى وسلم على محمد

#Pertama dan terawal, ini bukan post perkongsian resepi. Sekian =)
Enjoy your reading :)

Bila cuti sem ni, rutin harian lain sikit.
Pagi-pagi bangun bagi 'budak-budak berbulu' (baca : kucing) makan.
Antara kelebihan pelihara mereka, kita jarang ada peluang nak 'syahid' lepas Subuh.
Kalau lambat bagi breakfast, mereka mula menyanyi riang. 
Memang sedap~ (TarikNafas)
Selesai bagi makan, lepas tu fikir menu untuk hari itu .
Bila dah rasa jadi 'housesister', baru tahu perasaan seorang Umi.
Kalau tak banyak resepi dalam kepala, silap-silap boleh garu kepala depan peti ais.
Alhamdulillah, zaman sekarang resepi di hujung jari. Google je. 
Kalau boleh cara pagi (baca : siang) ikan pun nak tengok kat U-tube. (ok.hiperbola di situ)

Satu hari ni, ada tetamu datang rumah.
Saya panggil dia anak angkat Umi. (sasuke hati saya)
Dia doktormuslim-to-be. Inshaa Allah
Dari dia saya belajar cara nak diet. (eh.abaikan)
Pernah terdetik di hati,
'Hebat dia ni, tak payah study hard. Keputusan peperiksanaan flying colours memanjang.'
Sepanjang di asasi, istiqomah Director's List. Hebat pada pandangan saya .
Tapi, sangkaan saya 'dia hebat,tak perlu study hard' ternyata meleset.
Dalam menuntut ilmu ini tiada yang mudah.
Apatah lagi bergelar pelajar perubatan, anda akan berhadapan dengan nyawa pesakit.
Cerita along, dia selalu bangun awal pagi untuk belajar.
Kadang-kadang kalau rumahnya agak riuh, dia angkat meja kerusi cari rumah kosong.
Dia ada daya usaha sendiri untuk belajar dalam keadaan aman tanpa gangguan.
Ya, Usaha!

Hari tu macam biasa, buka peti ais.
Dan..*gosok-gosok mata*
Eh, ada kek? *gosok-gosok mata lagi*
Betullah kek dan ada seketul donut di sebelahnya.(pelik sangat ke ada kek?)
Di rumah kami, sangat-sangat jarang nak jumpa coklat dan aiskrim. Apatah lagi kek.
Bukan tak makan, tapi ada musim dia. (siap ada musim.heh)
Kalau rumah orang lain boleh habis sebekas aiskrim sehari,
rumah kami seminggu belum tentu habis. (latest cik nisa' habiskan) :D
Sebab tu kami jarang beli, sebab tak de yang nak makan.
Tapi kalau musim dia, inshaa Allah dalam seminggu setiap hari ada bekalan coklat dan aiskrim. ^^

*termenung depan peti ais*
Siapa pula bagi kek ni? Kek apa ni?  (erk.failed bab nama kek ni.)
Tiba-tiba along datang, "Makanlah kek dalam peti tu. Tetamu bawa."
Erk. Macam mana nak diet. Tuan Dr. bawa kek. :D
Kata along, tu kek Tiramisu.
Seingat saya, saya tak pernah makan kek tiramisu.
Tapi coklat tiramisu pernah dan harganya. Fuh (Tarik nafas lagi)
Bestnya coklat tiramisu ni, bila kita makan mula-mula kita akan rasa pahit.
Lepas tu kita akan rasa manis sebab yang manis kat bahagian dalam.
Bagi yang tak berapa sabar biasanya akan terus gigit. (sayalah tu)
Tapi, pelik pula dengan kek tiramisu ni.
Tak rasa apa-apa. Okay. Lupa. 
Saya seleselma, demam dan batuk.
Masya Allah. Allah ambil sekejap nikmat yang Allah pinjamkan.
Jadi tak berapa nak rasa.(manusia, bila dah hilang baru terasa.Istighfar)
Bila tak rasa, Alhamdulillah, tak 'jatuh hati' dengan kek ni.(kalau tak asyik nak makan) ^^
Bila demam ni, tiba-tiba asyik rasa nak makan kek.Aish.Perubahan hormon.Doktor, tolong.Erk


Bagi yang tak tau. Ni Tiramisu
(erk, rasanya ramai dah tau) 

TIRAMISU

Ibrah dari Tiramisu
Coklat tiramisu, letak kat lidah, kemam.
Pada mulanya kita akan rasa pahit.
Tapi, walau pahit macam mana pun, jangan kunyah, jangan buang.
Sebab yang manis tu akan datang kemudian.
Macam tu juga kehidupan.
Adakalanya kita menangis hiba, adakalanya kita tersenyum ceria.
Ada pahit, ada manis.
Adunan pahit dan manis itulah yang jadikan hidup kita lebih indah. :)

Kadang-kadang manusia, bila Allah datangkan 1 ujian, rasa macam hilang segala-galanya.
Lupa beribu-ribu nikmat yang pernah Allah bagi dan nikmat yang masih ada.
Itulah yang pernah saya rasakan dahulu. Istighfar.

Adakah patut manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman” sedangkan mereka masih belum diuji dengan sebarang ujian?
[Al-Ankabut : 2]

Dari tiramisu saya ambil ibrah,
Walau susah macam manapun ujian hidup yang Allah bagi
Walau pahit macam manapun hakikat yang perlu kita telan.
Sabar! Teruskan Usaha. Teruskan Berdoa.
Setiap kali ditimpa ujian hidup, persoalan bermain di minda ,
'macam manalah ujian ini akan berakhir.'
Saya yakin, Allah akan bantu saya seperti mana Allah bantu saya harungi ujian-ujian sebelum ini.
Tapi, tidak terbayang di fikiran saya jalan keluar yang bagaimana Allah sediakan untuk saya.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Saya belajar serahkan urusan pada Allah. Teruskan mengharap. Saya ada Allah.
Bila Allah mudahkan urusan, bila Allah sediakan jalan keluar,
bila Allah datangkan kemanisan di hujungnya.
Allah.Allah.Allah.
Ya Allah, terasa berbaloinya kesabaran itu.
Saat itu, air mata mengalir.
Saya mahu jadi hamba yang bersyukur.
Sujud syukur menemani di akhir solat.
Ya Allah,
baiknya Allah pada hambaMu ini.
baiknya Allah pada hambaMu ini.
baiknya Allah pada hambaMu ini.

Walaupun kadang-kadang, ada keluhan di hati.
Allah masih hulurkan pertolongan.
Malunya dengan Allah.
Masih lagi tak bersyukur?



Just follow the path that Allah has decided for us. Enjoy our life.
Inshaa Allah everything will be okay!
Keep Learning.Keep Smiling ^^

Jom jadi hamba yang bersyukur!
Bersyukur bukan sekadar di bibir, 
Aku bersyukur,aku bersyukur, aku bersyukur
tapi masih setia melakukan maksiat
masih mahu lambat-lambatkan solat.
Istighfar.Jelas.Post ini peringatan buat yang menulis.
Dan anda yang membaca, jika mahu mengambil ibrah
Silakan. :)
Jom, perbaiki diri dan serulah yang lain.

Sebarkan Cinta Allah :)
اللهم صلى وسلم على محمد

#Jumaat~Jom Surah Al Kahfi. Teladani ibrah dari al-Kahfi :)
Cik Puan Afifah Msy, maaf Tiramisu saya dah habiskan :D

Wallahua'lam
Afiqah Msy
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)

Friday, 1 February 2013

For Better Days~

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

 اللهم صلى وسلم على محمد



Today is Friday.
Let's recite Al-Kahfi :)
اللهم صلى وسلم على محمد


Wallahua'lam
Cik Afiqah Msy
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)

Related Link : Ghaddul Basar

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

 اللهم صلى وسلم على محمد


KLIK BANNER SEBELUM 28 FEB 2013

mereka sponsor ...

Thursday, 31 January 2013

Selamat Bercuti! ^^

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

 اللهم صلى وسلم على محمد

 Habis je paper Algebra dan MicroEcon
Beginilah jadinya ^_^


*Alhamdulillah. Final exam is over for this semester.*
#SemesterBreak#BalikKampung#
~senyum sampai telinga~

(^_^)
(Erk, 'status' 3 minggu yang lepas. Last paper 8.1.13)

'Exam dah habis. Nak buat apa ni?', tanya saya kepada seorang sahabat. Excited. Mana taknya,  6 jam dalam dewan peperiksaan. Fuh. 2 subjek berat dalam sehari, cukup mencabar bagi saya. :)

'Tak taulah. Lepas update blog tadi, guling-guling je. Tak tau nak buat apa.',balasnya.

Tersenyum saya melihat raut wajahnya. Terserlah kebosanan di situ. Yup, perancangan yang sempurna itu perlu supaya waktu cuti yang ada terisi dengan perkara yang bermanfaat. Dekat asrama ni mungkin terhad sikit pergerakan. It's okay.
---------------------------
ALSP dah, ELSP pun hampir ke penghujung,
Alhamdulillah, sudah selamat sampai ke rumah.

Erm, jadi apa nak buat sepanjang bercuti ni?? :) (anyone, idea?)

Setelah buat lawatan sambil belajar ke beberapa blog, Fb, akhirnya~ 
Sedikit perkongsian daripada saya,

Antara aktiviti yang boleh dibuat kat rumah

Kebajikan
# Ajar adik/adik-adik jiran/anak-anak saudara/cucu saudara mengaji.
# Tolong cikgu buat kelas tambahan untuk junior kat sekolah. Ajar addmath. (kalau rumah dekat dengan sekolah)
# Belajar jadi suri rumah a.k.a tolong ummi (basuh baju, kemas rumah, memasak dan seangkatan dengannya)
# Tolong basuh kasut.

"Jangan kacau kasut ana"
Kes berebut kasut. Semua nak tolong jaga :) perasan~

#Tolong basuh kereta, motor abah nak pergi surau, basikal adik nak pergi sekolah.
# Jadi driver. (yang ni selalu kerja my big bro) :D
#Tolong ummi bagi makan kucing@arnab@ikan@haiwan peliharaan yang seaangkatan dengannya.

Mari makan!~Berjemaah~

11. Tolong mandikan kucing (ni payah sikit kalau dapat yang aggressive. Kena ada 'tentera ramai sikit) ^^
12. Cuba resepi baru (tak tau nak cuba resepi apa? Google ada, click je!)
13. Belajar jahit baju, langsir (biasanya muslimat rajin pergi Nilai 3. Cubalah sesekali beli kain langsir. Semeter RM 4 je.) :)
14. Bercucuk tanam (yang ni kalau ada kawasan lapang lah) :)

Tolong main dekat pasu bunga :D
Akademik
# Baca buku ilmiah yang memang sedia ada dalam koleksi (bukan buat kumpul habuk) :D
# Hias & Update blog. (blog dah lama bersawang)
Stalk  Cari article menarik di blog-blog dan BACA.

~BUKAN untuk pameran~

Kerohanian
# 'Ulang' hafazan,.
# Hafaz surah-surah baru. 
# Pergi program (KFiqh Politik @ Seminar BaitulMuslim.Eh.)
Lain-lain
#Riadah/Lari-lari~
# Bagi yang minat/berkemahiran, cuti-cuti ni bolehlah 'edit-edit' gambar/buat video-video santai berunsur dakwah. :)

Camera ready??  (Gambar sekadar Hiasan)


Beberapa cadangan video yang menarik untuk ditonton :
#Adam dan Hawa
#Setia Hingga Hujung Nyawa
# Studio Al Idrus ('New Vlogger'~Ustaz Syed Norhisyam)
# One Litre of Tears (Sediakan baldi dan tisu)
# Tv9 Tanyalah Ustaz : 7 pagi-8 pagi
# Tv9 Rasul yang kata : 8 pagi-8.30 pagi (Dengar Qasidah teringat surau kk1)
# Ummi Aminah (Tengok masa last Bicara Siswi)
# Couple

Banyak sebenarnya perkara berfaedah yang boleh kita buat sepanjang cuti ni. Tak tertulis semua. :) 
Manfaatkanlah waktu cuti sebaik-baiknya. Jangan 'menternak' apa yang tak patut diternak. (Erk, mengerti kan?) ^^

I'm not MPP.
Cuma tertarik dengan alphabet kat atas tu. Cool! ^^
#Hari ni belajar pepatah baru : Aqal yang cerdas terletak pada Hati yang 'sihat' .
Jaga Hati! :)

Wallahua'lam
Afiqah Msy 
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
 Moga Allah Redha :)

Monday, 28 January 2013

Debat~Semuanya kerana Allah

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

 اللهم صلى وسلم على محمد

Amaran : Post kali ini agak panjang. Dipersilakan bagi yang sudi. Semoga bermanfaat. ^^

     Petang itu sementara menunggu 'ALSPmate' berkumpul semula untuk sesi latihan kalam jama'ie(choral speaking), saya menggunakan peluang yang ada untuk menghubungi seorang sahabat yang sudah selamat sampai ke kampung halaman, Terengganu. Berbulan rasanya tidak mendengar suara, apatah lagi bersua muka. Rindu nak dengar loghat Kelantannya yang sering membuatkan saya ketawa geli hati. Apa yang kelakarnya, tak tahulah. Tapi yang penting, serious. Saya belum mampu lagi nak meniru loghat Terengganu + Kelantan anda. Tabik spring! :D

     Selesai kami bertanya khabar + berceloteh po pa po pa (biasalah..), sahabat seorang ni 'mengungkit' cerita lama.

Sahabat : Aini, Aini tak cakap pun Aini masuk debat BI.

AfiqahMsy : Siapa cerita ni? (#Tersengih#Malu# )

Sahabat : Kawan kat Pandan ni bagitahu saya, kawan saya yang 'kecik2' masa kat Tamhidi masuk debat. ('kecik' tu juga menjadi penanda diri :D )

     Saya kenal kawannya itu, wakil FPSK untuk debat BM. Saya memang tak pernah memberitahunya saya ambil bahagian, saya cuma cakap saya berada di tempat pertandingan dan bertemu kakaknya di sana. Saya juga hanya sekadar meletakkan gambar kenangan di sini tanpa sebarang ulasan panjang lebar. Mungkin tidak perasan. La ba'sa. :)

     Pengalaman mengikuti Debat Naib Canselor(NC), cerita inilah cerita lama yang sentiasa menjadi motivasi untuk saya setiap kali saya rasa down. Cerita ini juga pernah saya niatkan untuk kongsikan ibrahnya (pengajaran) bersama pengunjung blog saya. Hampir terlupa. Terima kasih kerana 'mengungkit' cerita ini.

     Coretan ini bukan mahu mencari publisiti murahan. OhTidak. Apatah lagi menceritakan kehebatan diri, "Hebatnya aku masuk debat. English Debate pula tu". No. No. No. Cerita ini sengaja saya coretkan supaya saya dapat berkongsi pengalaman dan pelajaran yang saya dapat sepanjang bergelar debator. Semoga cerita yang tak seberapa ini mampu menyumbang walaupun sedikit sutikan motivasi kepada pembaca dan juga diri saya yang melaluinya. Moga Allah pelihara hati ini dari perasaan riya' dan takabbur.

Bidan Terjun.

     Saya memang tiada pengalaman mengikuti pertandingan debat sepanjang di sekolah. Setakat ikut tengok latihan debat BM pernalah, sebab abang saya dan sahabat baik saya mengambil bahagian. Minat itu memang ada, tapi perasaan rendah diri dan kurangnya keyakinan diri mengatasi segalanya pada waktu itu. Saya juga punya pengalaman pahit 'kelakar' semasa menghadiri interview debat di sekolah.

Kawan dari Tadika. Antara sumber inspirasi.
Selalu dengar cerita debatnya(sebelum ke KISAS)
Best Student Kisas :)

     Satu hari ni, classmate bagitahu fakulti tengah cari pelapis untuk debat dan tiada wakil dari kos kami. Dengan selambanya dia memberitahu kelas, "Ok. Aku cadangkan Afaaf(classmate) dengan Aini masuk." Ya Allah, berderau darah dengar nama disebut. Baru cadang nama tu, belum suruh berdebat lagi. Cadangannya itu membuatkan saya termenung sejenak, adakah saya kelihatan layak untuk ambil bahagian dalam DEBAT? Kalau mereka percaya pada saya, kenapa saya tidak percayakan diri saya? Allah. Niat untuk ambil bahagian tu ada, tapi kekuatan tu belum ada.

     Pada minggu yang sama, saya dapat mesej dari ketua aras : "KK1 nak buat pertandingan debat antara blok. Berminat tak?" Huh. Debat lagi. Pada waktu itu, hati berbolak-balik. Nak join ke tak nak? Nak join yang fakulti ke KK1? Kalau join fakulti mesti ada senior, erk. Takpelah.  Alhamdulillah, selepas istikharah saya membuat keputusan untuk menyertai debat KK1 bersama seorang kawan. Minat untuk wakil fakulti itu masih ada tapi pujuk hati, 'mungkin bukan rezeki untuk join Fakulti, insyaAllah tahun depan ada lagi.' 

     Dipendekkan cerita, saya dimaklumkan pertandingan debat KK1 pada hujung minggu itu(sabtu). Dengan tidak tahu apa-apa pasal english debate + tak ikut briefing(briefing pada waktu malam dan malam kelas penuh)agak mustahil untuk kami mengambil bahagian. Jadi, saya dan kawan mengambil keputusan untuk tarik diri serta-merta pada hari khamis (2 hari lagi).  Pujuk hati lagi," mungkin bukan sekarang. InsyaaAllah ada rezeki Allah bagi." Bila dah tarik diri. Ya Allah. Lega. Tak payah fikir pasal debat lagi. Final Exam is just around the corner. Fokus.

     Sangkaan saya sudah 'terlepas' dari debat, ternyata meleset. Jumaat malam sabtu (malam sebelum pertandingan), dapat panggilan dari pengarah program. 

En. Pengarah : "Assalamualaikum. Ni Afiqah? Enti diminta turun untuk taklimat debat." 

AfiqahMsy : "Waalaikumussalam w.b.t. Erk, bukan saya dah tarik diri ke?"

En. Pengarah : "Kami tak cukup peserta sebenarnya. Takpelah. Anggap sahaja pertandingan ESOK sebagai latihan."

      Saya tidak tahu kenapa saya setuju untuk turun dengar taklimat. Walhal, boleh je kalau saya tak nak turun.  MasyaAllah. Allah bagi kekuatan. Kuatkan hati untuk pergi. Allah saja yang Maha Mengetahui betapa gundah-gelananya hati saya pada waktu itu.

Allah gerakkan saya untuk pergi.
Saya 'terserempak' dengan 'mereka'.
Keletah mereka menghiburkan hati yang resah gelisah.
*Sejak dua menjak ni rajin ziarah saya di blog muslimat*

      Serious. Kesian dengan pihak penganjur. Tak cukup peserta untuk bertanding. Pada hari pertandingan, daripada 1000 lebih pelajar, hanya 9 orang peserta mengambil bahagian. 6 orang debat BA, 3 orang debat BI. Nak bertanding macam mana 3 orang. Kan? Sepanjang debat BA berlangsung, tak putus-putus saya berdoa. "Alangkah bagusnya kalau debat BI dibatalkan sebab tak cukup orang. Semoga Allah permudahkan urusan. InsyaAllah everything will be fine. Allah is the best planner. Allah tahu yang Terbaik."

     Semasa debat BA berlangsung, datang 2 orang kawan saya (wakil debat BI Fakulti) bersama seorang senior (trainer) menghampiri kami. Katanya ada latihan, tapi tak jadi. Dalam hati saya : "Ah,Sudah...".Menjangkakan sesuatu akan berlaku. Akhirnya, tiba giliran kami. Seperti yang saya jangkakan, 2 orang wakil fakulti + 1 volunteer membentuk satu kumpulan (opp) untuk berdebat dengan kami (gov). Pada mulanya ingin menarik diri, senior kata,"Takpe.Cubalah.". Dengan tak tahu apa-apa USLUB english debate, saya jadi bidan terjun pada hari itu. Tajuk dapat on the spot. Dalam tempoh 30 minit itulah kami discuss dan dalam tempoh 30 minit itulah saya belajar tentang 'uslub-uslub' english debate. Mujur dalam kumpulan kami ada yang pernah menyertai debat sebelum ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya, pasukan kami menang. Senior mengajak saya dan seorang kawan(classmate) menyertai pasukan fakulti. Bermacam-macam persoalan berlegar di minda.

'Apa yang aku buat ni?'

'Betul ke apa yang aku buat ni?'

'Macam mana boleh berani sangat cakap kat depan ramai orang tadi?'

Nak gelak pun ada bila teringat. Allahuakbar. Kekuatan tu Allah yang bagi.

     Indahnya aturan Allah, kemenangan pada hari itu menjadi sumber inspirasi dan  kekuatan untuk saya menyertai debat bersama pasukan fakulti. Kalau Allah tak beri kemenangan pada  hari itu, mungkin saya tolak ajakan senior. Mungkin juga self-esteem saya akan terus jatuh merundum. Ya Allah, lemahnya hambaMu yang seorang ini. Ustaz kata bila kita ada niat insyaAllah kita akan dapat. Siapa sangka, Allah beri saya peluang untuk bertanding di KK1 dan mewakili fakulti. Betullah, kalau ada rezeki, Allah akan bagi. MasyaAllah. Baiknya Allah. Alhamdulillah.
   
     Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang hebat untuk bertutur secara spontan di dalam Bahasa Inggeris. Tak yakin pada diri, mungkin.. Menyedari kekurangan yang ada, saya ambil bahagian dalam debat dengan niat :
1. Tingkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ya, kita perlukan suasana untuk bertutur. Suasana yang mana mereka takkan gelakkan kita walaupun kita tersalah cakap. Ya, di dalam debat saya jumpa suasana itu.
2. Tingkatkan keyakinan dalam diri. Bagi seseorang pelajar yang lebih suka bekerja dengan komputer dan sentiasa mengelak untuk terlibat dalam mana-mana aktiviti public speaking di sekolah, berdebat bukanlah perkara yang mudah. Dalam masa yang singkat perlu fikirkan hujah untuk dibidas, ditambah pula dengan nervousnya. Allah. Pada waktu itu, saya sedar saya sedang 'mencari pasal' dengan diri saya sendiri. But, Just Think Positive. Kata nak bina keyakinan diri.Ingat Janji Allah, Sesungguhnya bersama kesusahan itu adanya kesenangan. Yakin pada Allah!
3. Dan niat yang paling penting sudah tentu kerana Allah. Perbaikilah diri demi Islam. Serious. Cemburu dengan Sultan Muhammad Alfateh yang mampu bertutur lebih 7 bahasa ketika berusia 21 tahun.

     Kami dilatih oleh 2 orang senior. Kata senior, ada yang sampai menangis ikut latihan debat. Saya mengaku. Saya tergolong antara mereka. Bila kita rasa insan di sekeliling kita jauh lagi hebat, rasa rendah diri kembali menghantui diri. Syaitan ini bijak. Sentiasa menghasut anak Adam supaya berputus asa. Alhamdulillah. Allah beri kekuatan lagi. Ummat Nabi Muhammad S.A.W pantang menyerah kalah. Saya ada Allah. Bila rasa down, tiada tempat yang lebih layak untuk saya mengadu selain Allah. Dalam sujud saya merintih. Semoga dipermudahkan urusan. Semoga Allah memberi kekuatan. Terasa betapa lemahnya diri ini. Tapi, saya masih ingat. Allah takkan bebankan hambaNya kalau hambaNya tidak mampu memikul bebanan itu. Keluarga dan sahabat terus memberi semangat pada saya.

Kata abang : 'Takpe. Masuk je. Anggaplah cari pengalaman baru.'

Kata sahabat : 'Kadang-kadang kita tak nampak kelebihan yang Allah beri pada kita, tapi orang lain nampak. Kenapa? Sebab Allah tak nak bagi kita riya' (Syukran Nabilah)

Kata abah : 'Takpe.Afiqah masuk je. Abah pun selalu juga berdebat. Debat dengan Nadhirah(adik saya yang kecil)..' (Perlu ke debat yang itu??) :D  Pandai abah ambil hati.

Mesej dari akak : Firman Allah,

 'Beritahu kepada hamba-hambaku yang mana mereka itu telah kecewa terhadap diri mereka. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.' 

(T_T)


     Saya percaya, masing-masing menyimpan hasrat untuk ke final. Sudah lama rasanya fakulti tidak ke final. Dan inilah yang paling saya khuatiri pada waktu itu. Saya khuatir, saya menjadi 'punca' pasukan kami tidak ke final. Ditambah pula dengan 2 kekalahan pada pusingan ke-3 dan ke-4. Pada waktu itu, saya serahkan segala urusan pada Allah. Tawakal.

"Ya Allah, seandainya kejayaan itu mampu mendekatkan kami denganMu, Engkau kurniakanlah kami kejayaan itu. Jika kegagalan yang kami miliki, gantikanlah kegagalan itu dengan kejayaan yang lebih baik."

     Dalam debat, yang kalah akan jumpa yang kalah dan yang menang akan jumpa yang menang. Antara hikmah kalah 2 pusingan, kami tak jumpa pasukan yang hebat-hebat pada peringkat awal. Indahnya aturan Allah. :)

     Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang Allah kami berjaya ke pusingan suku akhir. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah juga kami berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dengan keputusan yang agak sengit. Pihak fakulti menghantar 2 pasukan dan kedua-dua pasukan berjaya ke peringkat suku akhir. Tapi, hanya pasukan kami berjaya ke peringkat separuh akhir. Di peringkat separuh akhir, sekali lagi kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Bila ditanya mahu kerajaan atau pembangkang,  kalau boleh kami mahu pembangkang. Saya kata TAWAKKAL sahaja. Allah tahu yang terbaik. Kami  dapat kerajaan. Tak semua yang kita sangka baik, terbaik untuk kita.Kan? Setelah release Motion, kami speechless. Motion tu Sejibik Sebiji dengan motion semasa latihan terakhir kami. Alhamdulillah. Lupa nak bagitahu, english debate ni tak macam debat BM dan BA, tajuk dapat on the spot. Kata abang, English debate tak memerlukan intonasi dan gaya bahasa yang banyak seperi debat BM dan BA. Sebab itu saya dan abang lebih suka english debate. :)

(Ya, memang Allah gantikan 2 kegagalan itu dengan sesuatu yang lebih baik.Subhanallah)

     Alhamdulillah, kami berjaya ke final.  Di pusingan akhir, kami berjumpa adik-adik Tamhidi. Motion : There is no live in USIM. MasyaAllah. Adik-adik Tamhidi ini hebat. Tapi, sebagai pelajar lepasan Tamhidi, sudah tentu kami tahu dan rasa pengalaman bergelar pelajar Tamhidi. Kehidupan Zaman Tamhidi dan degree cukup berbeza. Kami melalui kedua-duanya. Di situlah, kelebihan yang Allah bagi. Alhamdulillah, dengan keputusan juri 7-1 (if i'm not mistaken), secara rasminya pasukan kami menjuarai Debat BI sekaligus fakulti merangkul piala juara kesuluruhan Kejohanan Debat Piala NC -VI bersama FSU. Kelihatan sahabat-sahabat dari Medik (Dr. Nisa; dan Dr. Aimi) datang mengucapkan tahniah. Thank for coming. ^^ Saya bersyukur ada sahabat sesolehah kalian.

Saya mencari-cari abang saya dalam gambar. Tak jumpa.
Lupa. Cameraman~ ^^

Abang kata : Kitaorang dah bertahun-tahun masuk, tak pernah sampai final. (Kami baru 4 kali latihan)

Teringat senior kata :  'Kenapalah korang menang masa aku dah pencen' :D

Kalau mereka tidak sangka kami menang. Saya lagi tidak sangka diri saya berdiri sebaris mereka mengambil hadiah. Saya tidak sangka akan ikut mereka ke final apatah lagi mengimpikan tittle juara. Unexpected. Kadang-kadang, rasa tak layak. Rezeki Allah bagi. Semuanya kerana Allah.

Ibrah dan hikmah bagi yang berfikir

Dalam debat, saya belajar mengeluarkan idea. Walaupun, kadang-kadang hujah yang saya berikan agak tak bernas (sokmo gitu). But, good try. Erk.^^

Dalam debat, kami sentiasa mencari kelemahan pasukan dan kelemahan pihak lawan, supaya kami tak ulang kesilapan yang sama. Ya, belajar dari kesilapan yang lalu.

Dalam debat juga, saya belajar untuk bekerja dalam satu kumpulan. Setiap manusia tak sempurna. Hidup saling melengkapi.

     Dan apa yang paling penting, takde satu pun kemenangan ini milik kami. Semuanya milik Allah. Semuanya kerana Allah. Berdasarkan comment-comment juri, kami menang bukan kerana kami kuat. Tetapi, pihak lawan tak nampak kelemahan kami. Allah bantu kami.

     Kepada family, kawan-kawan, team's members (Ain,Nini,Yan) dan senior-senior yang membantu (if you read this), terima kasih atas perkongsian ilmu. Terima kasih atas dorongan dan semangat. Terima kasih menerima kekurangan diri ini. Terima kasih atas segala-galanya. Moga Allah merahmati kalian.

     Kepada pengunjung yang sudah berjaya menghabiskan bacaan sampai ke sini, terima kasih berkunjung ke blog saya. Tahniah sudah sampai ke sini. Serious, post kali ini sangat panjang . :)

     Ingatlah, jangan pernah berputus asa dalam hidup. Kadang-kadang kita tak jumpa hikmah di sebalik ujian hidup yang kita hadapi, tapi percayalah. InsyaAllah ada kemanisan di hujungnya. Lain orang, lain kebolehan, lain keistimewaan yang Allah berikan. Usah dikesali kekurangan itu. Jika mahu terjatuh dan menangis. Silakan. Tapi, jangan lupa bangkit semula kerana kita ummat Nabi Muhammad S.A.W. Sebaik-baik ummat. Teruskan melangkah walaupun perlahan. Kembalikan segala pujian kepada Allah. Siapalah kita tanpa Allah.

Pabila laluan seakan sukar 
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian


Semuanya aturan Allah
Semuanya kerana Allah

#Setiap kali saya terkenang, air mata pasti bergenang. Tidak terhitung betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan. Baiknya Allah pada hambanya. Masihkah tidak bersyukur? Allahukbar T_T

Alhamduillah 'ala Kulli hal
Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya dengan izin Allah

Wallahua'lam
Afiqah Qurratuainii Msy
Bidan Terjun :D
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...