Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Saturday, 12 January 2013

MyLead Camp # 2

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

 اللهم صلى وسلم على محمد


#Update#MyLeadCamp#
(Atas permintaan Cik Puan Shahira) ^^

Muslim Youth Leadership Program 2012
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Cawangan Pengembangan, Bahagian Dakwah, telah menganjurkan Muslim Youth Leadership Program (MyLead) yang diadakan di Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu, Negeri Sembilan.

Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 14 hingga 16 Disember 2012 telah melibatkan 120 orang peserta dari Institusi Pengajian Tinggi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman Islam tentang Akidah, Syariah dan Akhlak serta membina daya kepimpinan Islam kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Menurut Ustaz Ruslan Bin Said, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jakim menyatakan bahawa Jakim sentiasa beriltizam dan konsisten untuk membina modal insan secara holistik khususnya dari kalangan mahasiswa di peringkat pengajian tinggi kerana golongan elit ini bakal menjadi “Future Leader” pelapis kepimpinan Negara pada masa hadapan.

“Corak kepimpinan yang diadun didalam modul program ini adalah merangkumi semua aspek iaitu fizikal, mental, rohani dan spiritual. Insyallah, program seperti ini akan dilebar luaskan kepada semua IPT khususnya pada tahun 2013”, katanya.

Terdapat 5 slot utama didalam program ini iaitu Slot Kembara Pemimpin Islam, Komunikasi Pemimpin, Amal Jama’ie, Muhasabah Pemimpin dan Ice Breaking. Semoga program ini telah member manfaat kepada semua peserta. Sumber: Jakim 

Hari Pertama. 
14.12.2012

Program bermula petang Jumaat. 
Alhamdulillah. 
Allah mudahkan urusan. 
Hujung sem, Kuliyyah Al-Jabar pun dah tak de. 
Lebih kurang 2 jam perjalan.
Berada di kawasan yang agak pendalaman (dalam hutan)

Sampai-sampai baca signboard : "Pusat Pemantapan Akidah"
Dalamhati: 'Walaupun namanya agak menggerunkan. InsyaaAllah akan bawa balik mutiara!"

Tukar bas di Sutera Indah
Pendaftaran


Tazkirah Maghrib : Mahasiswa dan Dakwah
Ustaz Farid Hadhari,
Mantan Presiden SPMM.
(saya coretkan sedikit perkongsian daripada diskusi ilmu)

Kadang-kadang kita rasa berat nak pergi kem
Allah bagi hidayah
Allah gerakkan hati untuk pergi :)

Ibrah Dari Al-Kahfi Ayat 9-12 (boleh rujuk terjemahan)
Rata-rata antara kita pernah membaca Surah Al-Kahfi. Paling koman tidak pun, setahun sekali semasa 'marathon' menghabiskan bacaan al-Quran 30 Juzu' pada bulan Ramadhan. Masih ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu, saya selalu membaca kisah Ashabul Kahfi yang mana ceritanya terdapat dalam surah Al-Kahfi dan .  Kisah ini menceritakan tentang  betapa hebatnya, betapa cekalnya sekumpulan Pemuda Islam yang digelar Ashabul Kahfi  mempertahankan keimanan dan prinsip hidup walaupun seorang raja kufur yang zalim memerintah pada waktu itu.

Kisah Ashabul Kahfi & Mahasiswa Kini
-Pemuda adalah golongan yang tak boleh lena dan sentiasa nak bangkit.
-Jadi, gunakanlah semangat yang ada, bangun dan tunjuk dakwah dekat orang luar.
-Kita memang bukan pemberi hidayah, tapi jadilah 'sebab' mereka menerima hidayah,
-Masalah kita sekarang : "Kita suka tegur orang seakan-akan kita suci sangat, tak pernah buat dosa."
-Kasihanilah mereka sebab mereka tak dikurniakan kefahaman seperti kita.
-Hati yang kotor dan tercemar dengan rasa riya' dan sombong mana mungkin memantulkan cahaya.
-Berdakwalah dengan Iman dan Hati (kasih sayang & Rahmah) bukan dengan nafsu.
-Mungkin hari ini dia dosa, mungkin esok dia lebih baik dari kita.
-Banyakkan membaca untuk dapatkan sudut pandangan yang berbeza.
-Ashabul Kahfi terdiri daripada 7 golongan yang pelbagai tapi mereka ada fikrah yang sama.
-Kehidupan di Universiti pelbagai fakulti, pelbagai kos, pelbagai persatuan.
-Bergeraklah bersama-sama dalam kumpulan. Saling menguatkan. Kita pun kurang Iman.
-Bila gerak bersendirian cepat lemah. Rasulullah S.A.W pun bergerak dalam kumpulan.
-Sama ada kita sedar atau tak, kita telah ditaklif dengan agama sejak kita baligh.
-Tiada istilah,"aku jahat,buat maksiat, tak boleh berdakwah."
-Kalau difikirkan tentang kesempurnaan, sudah tentu tiada yang mahu berdakwah.



Jadi, Ayuh Syabab Islam!

Perbaiki diri. Berilah yang terbaik. Jadilah ejen penyebaran Islam.

Wallahua'lam
Afiqah Msy
~HomeSweetHome~
Moga Allah Redha :)

Link berkaitan :
MyLead Camp # 1
MyLead Camp # 3 

0 coretan:

Post a Comment

Digalakkan supaya anda meletakkan 'nickname' semasa anda menghantar cadangan @ nasihat membina kepada saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...