Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Tuesday, 15 January 2013

MyLead Camp # 3

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

 اللهم صلى وسلم على محمد

#update#

As usual, briefing first.
Selesai sesi taklimat, Ustaz Hariri(trainer) meminta kami membentuk 2 bulatan besar. 
1 bulatan Muslimin + 1 bulatan muslimat.


Tugasan Pertama.
Setiap orang daripada kami dikehendaki bertukar tempat dengan orang di hadapan kami.
Dengan syarat : Bergerak tanpa memutuskan bulatan
Dengar macam 'cliche' je tugasan ni.
Nak laksanakan tu... 
Allah.


Beberapa detik minit berlalu, team muslimat masih belum berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi.
Separuh jalan. Sebab kami berdiri menghadap keluar.
Sepatutnya menghadap ke dalam. :)
Team Muslimin katanya : Mission Accomplished.
(erk.ye ke??tunjuk sikit macam mana) :D

Dalam duk kalut fikir macam mana nak sempurnakan tugasan,

Ustaz bersuara:
'Tiba-tiba ustaz teringat satu lagu,'
Isteri Cerdik yang Solehah..(siap nyanyi)

Allah. 
Sayu hati. Touching.
Bukan tertarik pada kalimah 'isteri' itu

Tetapi,
Terkesan dengan kalimah 'solehah'.
Alangkah beruntungnya menjadi Wanita Cerdik.
Apatah lagi meraih status Wanita Cerdik yang Solehah.
Mampukah meraih solehah??
Moga Allah redha T_T


Ice Breaking-Tak Kenal Maka Ta'aruf :)

Semasa slot ice breaking, kami diminta membentuk beberapa kumpulan mengikut negeri.

Macam biasa, muslimat menguasai. :)

Kami juga diminta membentuk satu bulatan besar mengikut tarik lahir.
Agak mengambil masa sebab kami perlu mengenal pasti dulu mana satu senior mana satu junior.

Bulatan 'gumbira' kami :)

Kemudian, setiap orang perlu mencipta trademark masing-masing.
Kekeringan idea nak mencipta trademark, jadi saya guna trademark E14 yang biasa diguna pakai oleh Cik Puan Sarah dan Dr. Nisa *minta izin* ^^

Kenapa perlu trademark ye?
Sebab bila dah duduk ramai-ramai ni, agak sukar untuk ingat nama setiap orang dalam tempoh masa yang singkat. Belum termasuk yang ada nama sama. Kalau dekat 10 orang ada nama Nur. :D Jadi, macam mana nak ingat semua? Buat trademark. Orang mungkin tak ingat nama kita, tapi insyaa Allah kita akan ingat trademark terutamanya trademark yang pelik-pelik. :)

'Ingat tak nur yang kita jumpa kat kem?'
'Nur yang mana..ada 10 nur?'
'Nur yang trademark dia...' (^_^)

 'trademark'

 'Ok adik-adik, lepas ni kita ada sesi ice-breaking'

'Huh, ice-breaking apa tu? '

Bila mengenangkan kembali pengalaman mengikuti program motivasi di sekolah rendah, nak tergelak pun ada.  
Bila diminta berkumpul untuk sesi ice-breaking, persoalan di atas bermain-main di minda. 
'Ice breaking tu apa? Pecah ais ke? Macam tak de kaitan je. Ke Aku salah dengar? Ke akak tu salah sebut?'

Mereka tanya nama. Saya jawab. Mereka suruh itu saya ikut. Mereka buat ini saya buat. Ikut sahaja arahan yang diberi.(baik kan?mendengar arahan) =_=
Sampai ke sudah saya  tak jumpa kaitan antara maksud pecah ais & aktiviti yang kami jalankan.

Akhirnya, setelah memasuki alam sekolah menengah, barulah saya tahu, kenal dan erti apa 'misteri' di sebalik ice-breaking.
Tak tahulah sape yang bagitahu.
Belajar dari pengamatan dan pengalaman kot. :)

Ibrah dari Pecah Ais.

Istilah Ice-breaking biasanya digunakan bagi menggantikan istilah ta'aruf sebab dalam sesuatu program kebiasannya semua orang berada dalam kelompok baru. *Muka serious.* Mereka seolah-olah dipisahkan oleh ais sehingga kebekuan itu menghalang mereka daripada mengenali orang lain di sekeliling mereka. Jadi, apa nak buat? Pecahkan ais. Insyaa Allah selesai masalah! ^^ 
Walaupun ada yang kita dah kenal, masih ada insan-insan yang belum kita kenal dan perlu kenal. Masa mula-mula sampai pun ramai yang saya tak kenal dari yang saya kenal. Tahu-tahu je, ' rasa macam pernah jumpa . Lah, kita satu kuliah rupanya.' hehe. You see. :) terserlah ketidak prihatinannya di situ.

Carilah Titik Persamaan.
Bagi yang biasa ikut kem, setiap kali pecah ais lazimnya kita akan dengar : 'Dalam masa 10 saat, sila berkumpul ikut negeri.' Kita pun berlari-lari mencari ahli seangkatan. (erk.perlu ke berlari) Sudah menjadi lumrah, kebiasaannya manusia mudah tertarik dengan insan yang banyak persamaan dengannya berbanding perbezaan. Bila kita dipecahkan mengikut negeri yang sama @ fakulti yang sama, kita lebih mudah nak kenal dan cepat mesra. 
Contohnya,
'Johor sekolah kat mana? Oh, saya sekolah situ dulu. Kenal tak si polan..'
'Oh si polan.. dia tu kawan saya. Baik orangnya..' 
Walaupun dialog nampak macam 'cliche', tapi itulah antara teknik berkesan untuk mula ta'aruf dengan seseorang. Tak percaya? cubalah. :)

Bayangkan berbeza negeri,
'Awak duduk mana?'
'Ipoh.'
'owh.Ipoh dekat Kedah ye?'
'erk!'
*rabun Geografi*


'Indahnya Persamaan, Cantiknya Perbezaan'
(^_^)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat:13)

#Ta'aruf sepanjang hayat. :)

Wallahua'lam
Cik Afiqah Msy
~HomeSweetHome~
Moga Allah Redha :)

Link berkaitan :
MyLead Camp # 1
MyLead Camp # 2

0 coretan:

Post a Comment

Digalakkan supaya anda meletakkan 'nickname' semasa anda menghantar cadangan @ nasihat membina kepada saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...