Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Thursday, 23 October 2014

Debu yang berterbangan


 بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صلى وسلم على محمد

".. Untung lah jadi figure masyarakat.
Duduk barisan hadapan, semua orang kenal.
Tak rasa duniawi ke semua tu?"

".. Duniawi. 
Kalau matlamat kita hanya sekadar mahu meraih pandangan manusia."

".. Bila jadi pemimpin ni, kadang-kadang Allah datangkan ujian pada hati.
Susah lagi nak jaga hati sendiri dari jaga masyarakat."

".. Khuatir. Kita je rasa kita Ikhlas. 
Hakikat. Sikit pun Allah tak pandang.
Akhirnya, takde satu pun amalan
yang kita boleh bawa balik jumpa Allah"

Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, 
lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.  
(Surah Al-Furqan: Ayat 23)




".. Kita hidup dgn Rahmat Allah, masuk syurga dgn Rahmat Allah.
Yang paling penting, jangan pernah putus asa dengan Rahmat Allah"

:')

Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Selesai check paperwork. Ibrah Kembara. Next trip.


Wednesday, 22 October 2014

Gabungan adik-beradik, mantapkan kekuatan

 بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صلى وسلم على محمد


        Semasa perjalanan balik ke kampung halaman, Along beritahu yang dia perlu siapkan satu video korporat sebuah persatuan di kampus kami. Along memang suka tunjuk hasil videonya pada saya sebab saya akan bertindak sebagai pengkritik tak rasmi. Terima tak terima, belakang cerita.

       Bila dah lama tak buat video, tiba-tiba rasa rindu nak buat video. Saya tanya Along,

"Boleh tak Iqah nak join Along buat video? Lama dah rasanya tak sakit kepala sebab buat video." 

.....

     Ketika di bangku sekolah dahulu, bidang teknikal dan multimedia adalah gelanggang saya dan kembar saya. Memang kami ni sangat-sangat lah adik Along. Ketika Along di Tingkatan 4, Along merupakan Ketua Sidang Redaksi majalah sekolah. Tahun berikutnya, kami pula dipilih menjadi Jawatankuasa Sidang Redaksi majalah sekolah dan dalam masa yang sama memegang posisi Exco Multimedia dan Teknikal MPP.

     Dalam gelanggang ni juga secara tak langsung saya belajar guna DSLR, berjinak-jinak dengan Robotic, teknikal dan photo editing. Saya masih ingat, satu hari tu cikgu saya hulurkan sebuah kamera DSLR. Bakal ada event besar di sekolah. Jadi, saya ditugaskan untuk mengambil gambar bagi tujuan dokumentasi. Maka, bermulalah pembelajaran saya sebagai seorang 'fotografer-belum-profesional'. Cikgu siap pesan,

"Nah,  ambil kamera ni. Saya nak ajar macam mana nak ambil gambar. Jaga elok-elok. Harga kamera ni  boleh beli lembu."

     Hakikatnya, keberanian untuk mencuba membantu saya mengenal potensi diri saya. Antara bidang fotografi, photo editing, robotic dan video editing, saya lebih cenderung kepada bidang video editing. Saya mula belajar buat video ketika di Tingkatan 2. Bermula dari software windows movie maker, berpindah ke Cyberlink kemudian ke Sony Vegas dan akhirnya Adobe Atter Effect. 

     Nak kata mahir sangat tu , takdelah sebab saya tak ikut mana-mana kelas. Hanya belajar melalui tutorial. Tapi, basic tu ada. Seronok buat video ni. Kadang-kadang tu siap dapat upah. Meskipun dibayar, kepuasan buat video ni bukan terletak pada nilai bayaran yang kami terima. Kepuasan dan keseronokan itu terletak pada kepuasan customer dan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan. Buat video bukan suka-suka. Perlu bawa agenda dakwah sekali. Demi menyebarkan kefahaman Islam kepada masyarakat.

.....

Dan sekarang..

Masing-masing mengorak langkah, menuju pembaikan agar mampu beri yang terbaik buat Ummah.

Along melalui video dan perniagaan baiki laptopnya.
My twin melalui pembikinan poster bersama  team Photoshopnya.
Kak Cik melalui seni fotografi yang baru diceburinya.

dan diriku..

Tiga-tiga minat dah lama dipendam dan ditinggalkan seketika.
Hanya sekadar bermain-main dengan Microsoft Word dan Microsoft Excell.
Meraikan dan menikmati saat-saat Allah mendidik diri 
untuk lebih teliti dan lebih bijak dalam mengurus.

Mungkin, di posisi itu 
diri ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk gerak kerja Islam.
Dan pasti, susunan Allah
itu lah yang terbaik..

Semoga terus istiqomah untuk menyumbang
walau dimana pun kita diposisikan.
Hatta dalam sekecil-kecil gelanggang.




Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Gabungan adik-beradik, mantapkan kekuatan. :)


22 Oktober 2014

 بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صلى وسلم على محمد


"...Antara tanda pertemuan yang berkat adalah
apabila kita berpisah
kita menjadi lebih baik."


Apabila kelihatan di sana seakan-akan sudah tiada privasi.
Tiba-tiba diriku rasa mahu kembali ke sini.
(>_<)

On the way update 
2nd Year, The Adventurous Journey
Mujahadah.

Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Dah Tahun 3

Wednesday, 9 April 2014

Muhammad yang menghiburkan :)

::.. بسم الله الرحمن الرحيم .::

#Tiba-tiba rasa nak kongsi kisah saya bersama Muhammad. 

     Siapa Muhammad? Muhammad, dia sepupu saya yang masih kecil comel bersekolah rendah tapi sangat petah berkata-kata. Bila bertubi-tubi tembakan soalan dia keluarkan,cepu cemas juga lah dibuatnya. Sekali soalan dia keluar,

'Kenapa ya orang sebut berjuta-juta tahun dahulu sedangkan kita baru tahun 2012?'.. 

     Fikir banyak kali juga lah kan nak jawab. Pernah tu dia beri tazkirah kepada Si Kakak.

'Kakak, kakak jangan asyik main komputer je. Nanti kakak lupa belajar!' (-_-')
     
     Dengan kita-kita terasa. Paling mencuit hati bila Ummi dia cerita, masa ramadhan lepas Muhammad puasa. Balik sekolah Muhammad terus makan makanan kat atas meja. Si Ummi yang nampak, biarkan je. Mungkin penat sangat kot. Tak lama lepas tu Muhammad menangis. Si Ummi tanya,

'Kenapa Muhammad menangis?"

'Muhammad lupa. Muhammad puasa.', jawab Muhammad

     Si Ummi membalas,

'Muhammad lupa je, bukan Muhammad sengaja pun. Takpe2. Minum air ni dulu.'

Boleh pula macam tu..  :'D

Dan raya lepas, Muhammad datang rumah. Dia nampak kelibat saya dan dia tegur,

'Eh, pakai tudung...', tutur Muhammad sambil membiarkan ayatnya tergantung semasa saya melintasinya di ruang tamu.

'Kenapa?', balas saya dengan riak muka yang penuh dengan tanda tanya.

'Tak, sepatutnya Kakak Iqah kena pakai tudung besar sikit.',balas Muhammad.

'Kena labuh sikit?', tanya saya lagi walaupun saya tahu mesej yang ingin disampaikannya.

'Aah, kena labuh sikit macam kakak punya.',balas Muhammad sambil memandang ke arah kakaknya.

     Saya pandang kakak Muhammad. Saya pandang diri saya. Rasanya tutup dah ni. Cuma kakak Muhammad kecil, jadi tudung dia labuh sikit. Saya pun kembali ke bilik menukar tudung labuh.

'Macam ni?', tanya saya.

“...hendaklah mereka melabuhkan tudung (selendang) mereka ke leher dan dada mereka...” 
(Surah An-Nur: Ayat 31).





Muhammad mengangguk sambil tersenyum.  :)

Alahai Muhammad...

Kakak Iqah...

nak pergi dapur je pun. Tapi takpe. Terima je.

     Sampai dapur, lepas siap-siap hidang makanan atas meja. Muhammad datang. Muhammad suka Air Teh Tarik. Kebiasaanya Ummi buatkan. Air Teh Ummi memang best. Anak buah semua suka. Tapi, hari tu saya yang buatkan. Ummi cakap kat Muhammad,

'Muhammad, air ni bukan Mak Ngah buat. Tapi, Kakak Iqah yang buat.'

     Masa tengok Muhammad nak ambil air, Ya Allah tawakkal je lah. Tanpa diduga, Muhammad balas dengan yakinnya,

'Dua-dua Muhammad suka. Mak Ngah buat sedap, Kakak Iqah pun buat sedap!'

      Ya, Allah. Solehnya Muhammad. Pandai betul ambil hati. :')

Subhanallah.
Beruntungnya Kakak Iqah ada 'pengawal aurat' macam Muhammad.
Bahagianya Kakak Iqah ada Muhammad yang pandai meraikan.

Belajar molek-molek deh.
Kakak Iqah sentiasa mendoakan kesejahteraan Muhammad.
Semoga membesar menjadi Muhammad Mujahid Islam,
penyambung perjuangan kekasih hati kita,
Muhammad Al-Amin S.A.W!  ^_^

#Tamat dah kisah Muhammad yang menghiburkan.

Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...