Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Monday, 7 December 2015

Selamat Berjuang Dokor Muda

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى وسلم على محمد\




Jumaat lepas, dengan muka bahagianya jumpa Doktor. Follow up darah.
Doktor tegur. Muka berseri-seri ni mesti dah sihat. 

Memanglah datang dengan berseri-seri Doktor.
Dengan harapan tak payah datang klinik lagi. hehe

Doktor kata,

" .. Hebatnya Allah ni,  Dia ciptakan penyakit. 
Tapi dalam masa yang sama, dia juga hadirkan penawar.
Jadi setiap kali kita sakit, sistem dalam badan kita 
secara semula jadi akan melawan penyakit tersebut."

Jadi, doktor cakap tak perlu susah hati sangat bila platelet jatuh. 
InshaAllah platelet tu akan normal balik.
Sistem dalam badan  kita sendiri yang akan lawan virus-virus tersebut.

Bahagia dengar. 

Sebelum balik, Doktor pesan :

" ..Bahagiakan bila dah sihat.
Jadi setiap kali kita gembira, kita harus ingat.
Siapa Sang Pemilik yang memberi kita kesembuhan ini."


MUSLIM DAN PERANAN SEBAGAI DAIE





Pengalaman beberapa kali 'dicucuk' dan dirawat oleh doktor yang pelbagai latar belakang pendidikan,
Secara jujur terbit rasa 'bangga'dan syukur berada di USIM.

Lafaz Basmillah yang tak pernah lekang dari bibir setiap kali memulakan suntikan
dan butir bicara yang menenangkan
sentiasa membuatkan aku ingin terus dekat kepada Sang Pencipta.

Benarlah pesan Murabbi.

Jangan tunggu ada peluang, baru nak berdakwah.
Cari peluang tersebut.

Walau kat manapun kita diposisikan.
Sekecil-kecil mana pun peranan kita.
Pasti ada peluang dan manfaat dakwah di sana.

Dan sudah tentu, 
seorang Doktor peranannya besar pada masyarakat.

\
Selamat berjuang Doktor Muda! :)


Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Financial Mathematics
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)

Monday, 10 August 2015

Fantasyiru!




فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung." 
(Surah Al-Jumu'ah (62)  ayat 10)

Sejak dua menjak ni dah jumpa hobi baru.
Moga-moga aku belajar dari kembara yang lepas.

10.34am
26 Syawal 1436
11/8/15
KLIA2

#Aplikasi Forex
#Mata wang jatuh

Saturday, 27 June 2015

10 Ramadhan 1436

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صلى وسلم على محمد

" Antara tanda-tanda orang tak bersyukur dengan Ramadhan ialah dia bangun untuk study, dia bangun untuk sahur. Tapi dia tak sikit pun rasa nak sujud pada Allah. Kita selalu fikir dengan sahur kita takkan lapar. Hakikatnya kita lupa. Allah yang bagi kita kenyang. Allah yang bagi kita tak lapar.  Bukan sahur semata-mata. Jadi, bangkitlah. Bersujudlah pada tuhanMu"

Terima kasih ya Allah. 
Masih beri peluang untuk terus bernafas.
Sehingga hari ini, sudah masuk 10 Ramadhan.
Sedangkan, ramai hamba yang tidak berkesempatan.
Kerana mereka sudah mendahului aku pergi menghadapmu.

1 Ramadhan lepas, dapat berita abang kepada sahabat baik pergi menghadapmu.
1 Ramadhan ini juga, genap setahun sahabat seperjuangan di tamhidi pergi menghadapmu.
Sungguh. 
Kematian yang memotivasikan.

Sejak-dua menjak ini, mimpi-mimpi tentang kematian seringkali menjengahku
Dan saat aku terbangun.
Aku terlalu bersyukur.
Kerana masih banyak amanah masih menuntut untuk dilunaskan.

Dan setiap kali aku terjaga.
Terkadang aku merintih.

"Wahai Allah, wanita bagaimanakah yang paling engkau Redhai'





Ku kembara setia di sisiNya
Ku mahukan bahagia abadi


Allah pesan dalam Surah Al-Baqarah.

"Jika hambaku bertanya tentangKu wahai Muhammad. Katakan padanya, Aku ini dekat. Aku mengabulkan doa orang yang berdoa padaku. Tunaikanlah perintahKu dan berimanlah padaKu."

Doa Ramadhan yang termakbul. Doakan moga-moga terus Ihsan dalam bergerak.


Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Masih ada 3 paper final
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...