Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Monday, 8 February 2016

"Kenapa Kak Ikah baca buku macam budak kecik?"

 بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى وسلم على محمد




          Seusai Maghrib, saja belek Buku Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam karya Dr. Riduan Mohamad Nor. Entah kenapa, sejak-dua menjak ni hati Aku meronta minta dibuat revision  ringkas seputar isu gerakan Islam. Walaupun dah berkali-kali mengikuti kuliah, secara jujurnya masih banyak yang Aku perlu belajar (dan of course Aku tak ingat semua.) -_-'

           Ambil masa juga lah nak fokus pembacaan buku yang satu ni. Duk tengah ralit baca, tiba-tiba datang jentera dua beradek yang baru selesai solat berjemaah sambil bawa buku conteng dan sebatang pen.

"Kak Ikah ni asyik baca buku je. Kenapa Kak Ikah baca buku lagi macam budak kecik? Kak Ikah kan dah habis sekolah.", tegur Along Nabil.

"Ntah. Dah lah baca buku macam tu. Baca lah majalah ke...", tambah Angah Naufal sambil mata fokus  lukis orang lidi. Aku rasa Angah berpendapat majalah yang penuh dengan gambar adalah sinonim untuk orang dewasa dan buku yang banyak tulisan (macam yang Aku tengah pegang) adalah untuk budak sekolah. Kot lah.

"Kak Ikah pun nak pandai juga.", balas Aku. Slumber. Confident

Haa,, kan dah terdiam Along dan Angah. 

Kalau lah Along dan Angah tahu kakak dia ni baru nak belajar rajin baca buku, mesti Along Angah tarik balik kenyataan  : "Kak Ikah ni asyik baca buku je."

Kak Ikah doakan, semoga satu hari nanti Along, Angah dan kita semua faham. Baca buku bukan untuk budak sekolah je. Hatta orang dewasa pun perlu banyak baca buku. Ok? :) 



Kerna manusia beriman sentiasa perlukan ilmu sebagai bekalan
Di sepanjang perjalanan memburu cinta dan redha Tuhan


Aku selalu ingat.
Impikan generasi yang cintakan ilmu, harus bermula dari diri.
Kerna Action Speaks Louder Than Words

Doakan Aku. 
Biar rajin nak baca buku.
Moga jadi manusia yang cintakan Ilmu
Agar terus bermanfaat buat Ummah.


Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Read4Ummah
Segala puji bagi Allah atas segala-galanya
Moga Allah Redha :)

0 coretan:

Post a Comment

Digalakkan supaya anda meletakkan 'nickname' semasa anda menghantar cadangan @ nasihat membina kepada saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...