Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Wednesday, 27 April 2016

Budak kecik yang tengah intern 3.0

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى وسلم على محمد





“Hari tu Along jumpa Sir ‘Ibad.”, beritahu Along semasa kami dalam perjalanan pulang ke kampung.

Setiap kali menaiki kereta bersama Along, pasti ada saja cerita dan isu yang akan menjadi topik hangat perbualan kami.  Sudah lama rasanya tidak mendengar cerita dari Along dan sudah lama juga saya tidak mendengar khabar Sir ‘Ibad.

Seingat saya, kali terakhir menziarahinya ketika saya bertandang ke majlis perkahwinan beliau. Ya, itu lah kali terakhir kami berjumpa dan berbual. Itu pun tidak sempat berborak panjang dek kerana tetamu yang ramai dan harus diraikan.

“Sir ‘Ibad sekarang buka business baru. Sir ‘Ibad cerita business dia buat dulu boleh dapat untung sampai 20 hingga 30 ribu sekali meniaga. Lepas tu, dengan untung dia dapat tu dia boleh support yuran pengajian dua tiga orang kawan-kawan dia. Tapi, lepas dia kahwin ni dia tak buat dah business yang dulu. Dia berniaga benda lain pula.”, sambung Along setelah melihat saya hanya diam mendengar tanpa memberikan sebarang respons.

“Sir ‘Ibad baikkan Along. Dia suka menderma, dia suka beri orang hadiah, dia suka tolong orang susah, dia suka berkhidmat, dia suka sangat memberi dan yang paling penting dia boleh pengaruh orang sekeliling dia untuk sama-sama suka memberi!”, respons saya dengan penuh semangat.

“Along berbual apa je lagi dengan Sir ‘Ibad?”, tanya saya. Teruja nak nak tahu perkembangan Sir ‘Ibad sekarang.

“Sir ‘Ibad tanya Along, macam mana ana kahwin, ok ke? Along jawab, Biasa lah Sir. Ramai terkejut. Ada lah dua tiga orang bising-bising.”

Tergelak saya dengar cerita Along. Kelakar pun ada bila teringat balik. Mana tidak nya. Dah lah nak kahwin tak beritahu. Nasib baik bagi kad jemputan. Itu pun tinggal seminggu dua nak walimah baru beliau bagi ikut whatsapp. Rasa nak tumbuk pun ada. Geram.

“Sir ‘Ibad kata, dia pun tak kenal sangat bakal isteri dia tu. Ibu dan ayah muslimat tu yang pinang Sir ‘Ibad. Walaupun Sir ‘Ibad tak kenal muslimat tu berbanding kawan-kawan muslimat yang lain, tapi dia percaya ada keberkatan yang Allah akan beri dari pinangan itu.”, sambung Along.

“Bagusnya Sir ‘Ibad.”, bisik saya dalam hati.

Bercampur baur perasaan saya ketika mendengar cerita Along. Tidak tahu sama ada sedih atau terharu. Yang penting saya sangat terpegun dan menghormati keputusan yang diambil oleh Sir ‘Ibad. Tidak perlu berjubah dan bertudung labuh pun untuk dijadikan kriteria seorang isteri. Baginya, cukuplah mengetahui muslimat itu mengutamakan Islam dalam kehidupannya.

Tiba-tiba terimbau saat berkunjung ke walimahnya.

“Aini, enti datang tak bawa hadiah ke? Bawa lah hadiah teddy bear besar ke.”, seloroh Sir ‘Ibad sejurus nampak kelibat saya. Saya hanya sekadar sengih dan menggaru kepala yang tak gatal.

“Sir ‘Ibad ni, tak berubah perangai. Ingatkan dah kahwin makin matang. Sama je perangai. Dia lupa ke hari ni walimah dia.”, mengomel saya sorang-sorang dalam hati.

“Sir ‘Ibad, enta jaga family elok-elok tau. Ana dapat tau enta tak jaga elok-elok, ana tumbuk muka enta.”, gurau saya. Kasar.

“Aini, doakan ana ya. Ana ada cita-cita besar dalam perkahwinan ni.”

Tiba-tiba rasa ada air mata mengalir. Urghh. Cerita sedih apa along buka petang-petang ni.

“Sekarang Sir ‘Ibad okay ke Along?”, tanya saya sambil cepat-cepat menyeka air mata sebelum Along menyedari air mata saya mula mengalir.

“Sebelum Along balik, Along nampak ada orang call. Cuba teka dia tulis apa kat screen telefon Sir 'Ibad? Isteriku Tersayang!”, jawab Along sambil tersenyum. Dan saya pun ikut tersenyum.

Yang penting kami tahu Sir ‘Ibad bahagia!

Akhirnya, Sir ‘Ibad  yang kami sayangi telah menikahi seorang kakak solehah yang haraki. Sudah tentu calon pilihan Allah itu lah yang terbaik.

“Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kalian berdua sekeluarga bersama sakinah, mawaddah dan rahmah. Semoga kita berjumpa di syurga kelak Sir ‘Ibad! ”




Wallahua'lam

-Aini Afiqah Msy -

0 coretan:

Post a Comment

Digalakkan supaya anda meletakkan 'nickname' semasa anda menghantar cadangan @ nasihat membina kepada saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...