Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Wednesday, 4 May 2016

Budak kecik yang tengah intern 4.0

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى وسلم على محمد



Dalam buku Jejak-Jejak Rasulullah karya Tariq Ramadhan ada menyebut :

      Dilahirkan sebagai ANAK YATIM dan MISKIN merupakan langkah permulaan Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul pada masa hadapan. Dua ‘tarbiyah’ ini menyebabkan baginda mempunyai kelemahan dan kerendahan hati secara semula jadi sejak kecil. 

      Dilahirkan tanpa ayah. Kemudian diuji pula dengan pemergian seorang ibu semasa kecil bukan sahaja membuatkan baginda benar-benar bergantung pada Tuhan. 

      Bahkan membuatkan baginda dekat dengan orang-orang fakir dan tidak pernah meninggalkan orang-orang yang dipinggirkan dan memerlukan bantuan.

 -------

Terimbau zaman MPP. Terngiang-ngiang di telinga bebelan seorang :

“Aku rasa pemimpin yang nak tolong orang susah, yang betul-betul nak fight untuk student ni kebiasaannya mesti datang dari family yang susah. Sebab apa? Sebab depa rasa apa yang orang susah rasa. Tapi, ni pendapat aku lah. Hang rasa macam mana?” 

.
.
.


*Aku rasa sedih. 

Rupanya tak semua jiwa mampu rasa. 
Dan Aku takut tidak memiliki jiwa itu.

Wahai Allah, ampunilah kami 
andainya di saat kami diangkat menjadi pemimpin
kami pernah tidak peduli pada masyarakat
kami tidak bersungguh-sungguh dalam membangunkan ummat



-Aini Afiqah Msy -

0 coretan:

Post a Comment

Digalakkan supaya anda meletakkan 'nickname' semasa anda menghantar cadangan @ nasihat membina kepada saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...