Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik..
JOM JADI BAIK! :)

What others think about You is None of your business and You should'nt allow it to influence your self-concept.
Put Your Trust in Allah! :)

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari~

Jom Buat sama-sama! ^_^


1. Baca Al-Quran 'At Least' 1 MUKA 1 HARI.. :)

2. Mathurat Pagi+Petang=2. Permulaan bagi yang tak biasa, 1 Hari 1 Kali (Pagi@Petang).

3. Solat Ber'jemaah'. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muslimin sila-silalah ke surau@masjid terdekat.

4. Solat Hajat+Witir. 2 Kali seminggu. Dapat buat setiap hari memang MANTOP! :)

5. Puasa Sunat 3 kali sebulan + Isnin & Khamis setiap minggu.

6. Baca buku ilmiah. 1 sebulan. ( kalau 'bukumuka' boleh buka hari-hari, kenapa tidak buku ilmiah kan?) :D

7. Qiamulaill . 1 kali seminggu. Tak boleh buat 1 kali 7 hari, buat 1 kali 1 hari. :D

8. Solat Dhuha. 'at least' 2 kali seminggu.

9. Solat istikharah. 1 kali seminggu (Hidup penuh dengan pilihan. Bukan bila bab Jodoh je) :D

10.Jom selawat! Perasa 'terbaik' untuk masakan. No MSG ^_^


Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak dan terputus.
Tapi, jangan sampai tak buat langsung! ^_^
Pesan mereka, jangan ditulis diari hidup di laman sesawang.
Kata saya ini bukan 'diari online'.
Saya tiada seni dalam mengarang cerita.
Apa yang saya lihat, apa yang saya dengar,
apa yang saya hadapi dan apa yang saya pelajari,
itulah yang saya tulis.
Pesan saya,lihatlah apa yang ingin disampaikan, jangan lihat siapa yang menyampaikan
kerana saya bukan siapa-siapa untuk dilihat.
Semoga usaha yang sedikit ini, mampu membawa kita lebih mengenal Sang Pemilik Hati
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah S.W.T
Semoga Ilmu mengikatnya
~Melakar Memori Silam Buat Pedoman Diri~

Friday, 25 March 2016

Budak kecik yang tengah intern 2.0

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صلى وسلم على محمد





"Aini, semalam Kak Iffah 'ngumpat' pasal Aini dekat kakak Kak Iffah", beritahu Kak Iffah sejurus kereta yang kami naiki tiba di depan pejabat.

       Kebiasaannya Kak Iffah akan memandu sendiri ke pejabat, tetapi pagi itu Kak Iffah meminta tolong saya dan Kak Aisyah mengambilnya  di LRT Gombak.

"Macam ada cerita menarik ni.",bisik saya dalam hati.

Saya mula pasang telinga sambil membetulkan kedudukan kereta.

"Kak Fah cerita dekat kakak Kak Iffah, Aini ni bawa kereta takdelah cermat sangat. Tapi tak kena langgar pun. Iffah yang punya lah beriya jaga kereta ni, kena langgar!"

Tersenyum saya mendengar pengakuan tulus Kak Iffah tentang saya. Jujur betul!

       Dahi saya berkerut. Seingat saya, dua kali saya pernah mengalami kemalangan sepanjang saya bergelar seorang pemandu.

Pertama, ketika dalam perjalanan pergi usrah.
Kedua, ketika dalam perjalanan balik daripada mesyuarat.

       Anehnya, kedua-kedua 'tragedi' hanya meninggalkan goresan-goresan kecil. Sedangkan kenderaan yang menghimpit kenderaan saya perlu dihantar ke bengkel.

"Lepas tu kakak Kak Iffah cakap apa?', sengih saya sambil buat muka tak bersalah. Pintu kereta ditutup.

"Kakak Kak Iffah cakap, Aini tu dia ada doa dia. Berkat doa dia, Allah jaga. Bila kakak cakap macam tu, terdiam terus aku", balas Kak Iffah

"Aah. Semalam Kak Aisyah dengar Aini doa, Ya Allah, jagakanlah kuda perang aku", tiba-tiba Kak Aisyah bersuara.

       Saya hanya diam mendengar jawapan Kak Iffah. Sungguh saya banyak belajar erti usaha dan tawakal daripada sahabat seusrah. Saya sedar saya hanya mampu jaga apa yang berada dalam kawalan saya dan selebihnya saya serahkan pada Tuhan. Mungkin bukan berkat doa saya pun tetapi berkat doa insan yang sentiasa tulus mendoakan. Terima kasih kerana mendoakan.

"Aini, Kak Aisyah dah pergi dulu kedai Mak Ngah. Lapar sangat tu.", suara Kak Iffah menghentikan lamunan saya. Jam ditangan menunjukkan 9.20 pagi.

"Ok Akak, saya naik dulu.", saya bergegas meluru ke pejabat. Ada emel perlu dihantar pada Tuan bos.

"Terima kasih Ya Allah jagakan kuda perang kami. Semoga 'dia' sentiasa kuat, sedia dan setia berkhidmat untuk Islam.", bisik saya pada angin.

Wallahua'lam
Aini Afiqah Msy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...